Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

LED PLATFORM GILAP BAKAT ANAK MUDA, BUKTI KELANTAN CAKNA SUKAN BOLA SEPAK
utama

LED PLATFORM GILAP BAKAT ANAK MUDA, BUKTI KELANTAN CAKNA SUKAN BOLA SEPAK


Oleh: Asri Hamat

MACHANG, 18 Jun- Bola sepak merupakan sukan paling berpengaruh di dunia. Justeru itu, inisiatif penganjuran Liga Elit Dun (LED) merupakan platform penting untuk menggilap bakat anak muda dalam Sukan bola sepak.

Timbalan Menteri Besar YB Dato' Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, penganjuran LED setiap tahun juga membuktikan kecaknaan Kerajaan Negeri Kelantan terhadap sukan bola sepak yang menjadi sukan nombor satu dalam kalangan anak-anak muda di Kelantan serta memberi perhatian dalam pengembangan bakat generasi muda dalam bidang kesukanan.

"Kerajaan Negeri Kelantan sentiasa memberi perhatian yang serius terhadap pembangunan generasi muda yang mencakupi aspek pembentukan insaniah dan pengembangan bakat dalam bidang kesukanan melalui pembangunan Madinatul Riyadhah iaitu sebuah bandar sukan yang moden dan lengkap untuk anak-anak muda Kelantan."


Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Menteri Besar merasmikan Pelancaran Kejohanan Liga, Elit Dun 2025, di Dataran Kemahkotaan Machang pada Selasa.

Katanya lagi, penganjuran LED bukan semata-mata untuk memujudkan satu kejohanan yang menyasarkan pertandingan, tetapi juga sebagai pentas untuk memperkasakan belia Negeri Kelantan.

"Sukan khususnya bola sepak, bukan hanya hiburan atau aktiviti fizikal yang menyasarkan pertandingan semata-mata, tetapi menjadi medan untuk mendidik jiwa dan menyuburkan nilai-nilai Islam dalam kalangan anak-anak muda Kelantan.

"Ia juga menjadi platform untuk memperkukuhkan nilai-nilai akhlak, ukhuwah, disiplin dan rasa tanggungjawab.

"Justeru itu, penganjuran LED harus diteruskan dan diperkukuhkan setiap tahun untuk mencari jaguh, sekali gus melahirkan pemimpin masyarakat yang matang dan bertanggungjawab," ujarnya lagi.

Sementara itu, Exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat YB Zamakhshari Muhammad dalam ucapan alu-aluannya memberi pesanan kepada semua pasukan supaya bertanding dengan penuh integeriti.

"Jadikanlah LED sebagai medan pembinaan diri, bukan semata-mata memburu kejuaraan. Kepada jurulatih dan pengurus pasukan, asuhlah pemain dengan bimbingan yang berhemah. Kepada penyokong, tunjukkanlah contoh yang baik bagi membantu mewujudkan suasana pertandingan yang selamat, meriah dan bersih daripada sebarang anasir yang negatif, "katanya.

Untuk rekod, sebanyak 534 pasukan dari seluruh Dewan Negeri Kelantan (DUN) telah menyertai LED pada tahun 2024. Untuk tahun 2025, dijangka setiap DUN akan mempunyai antara lapan hingga 16 pasukan yang melibatkan 15,400 pemain dan pegawai pasukan keseluruhan.

Turut hadir dalam majlis pelancaran tersebut, Speaker DUN Kelantan YB Dato' Sri Amar D'Raja Dato' Dr Mohd Amar Abdullah, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Dewan Rakyat (ADR), Ahli-Ahli Dewan Negeri (ADN), Yang Dipertua Majlis Daerah Machang Zamri Ibrahim,Timbalan Pengarah Urus Setia Belia dan Sukan (U-BeS) Firdaus Nawi.
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook