Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

LRA BUKIT CHUPAK SIAP AWAL TAHUN DEPAN
utama

LRA BUKIT CHUPAK SIAP AWAL TAHUN DEPAN


Oleh: Asri Hamat
Kredit foto Media Exco

KOTA DARULNAIM, 15 Jun – Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Chupak, Gua Musang dijangka mula beroperasi sepenuhnya pada Januari 2026, sekali gus menyelesaikan isu bekalan air bersih yang lama membelenggu penduduk sekitar Gua Musang.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Exco Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar YB Dato' Dr. Izani Husin menerusi hantaran di media sosial miliknya pada pada Khamis.

Beliau memaklumkan hal demikian selepas melakukan lawatan ke tapak projek tersebut.

“Insya Allah, Januari 2026 bekalan air bersih yang mencukupi akan sampai di tangga rumah penduduk Gua Musang,” katanya.

Menurut beliau, projek pembinaan loji rawatan air yang bermula pada Februari 2024 kini telah mencapai 88 peratus kemajuan setakat Jun 2025.


Ia merupakan satu pencapaian yang dianggap sangat membanggakan.

"Dengan kos pelaksanaan sebanyak RM49 juta, loji tersebut akan beroperasi dengan kapasiti 10 juta liter sehari (JLH), sekali gus mencukupi untuk menampung keperluan air terawat penduduk Gua Musang serta menyokong pertumbuhan industri di kawasan sekitarnya," ujarnya.

Menurut Dato' Dr. Izani lagi, semasa lawatan tersebut beliau turut dimaklumkan mengenai gangguan bekalan air di kawasan Limau Kasturi.

Jelasnya, walaupun LRA Limau Kasturi mempunyai kapasiti yang mencukupi, operasi loji sering terganggu akibat gangguan bekalan elektrik yang berpunca daripada serangan haiwan liar.

“Saya ambil isu ini dengan serius dan akan membawanya ke perbincangan bersama TNB.

"Kita akan mencari penyelesaian jangka panjang, termasuk pelan sokongan bagi mengelakkan gangguan berulang,” jelasnya.

Dato' Dr Izani turut komited untuk memastikan setiap usaha yang dijalankan oleh Air Kelantan Official, Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), para jurutera dan kontraktor akan memberi hasil yang benar-benar memberi manfaat kepada rakyat.

"Kita mahu keresahan tentang isu air ini berakhir. Saya juga menyeru agar rakyat Kelantan sentiasa bijak menggunakan air dengan mengelakkan pembaziran, demi masa depan yang lebih lestari," tambahnya.
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook