Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

PERJUANGAN MEMERLUKAN PENGORBANAN – DATO' MOHD AMAR
utama

PERJUANGAN MEMERLUKAN PENGORBANAN – DATO' MOHD AMAR

YB Dato’ Seri Amar D’Raja, Dato’ Dr. Mohd Amar Abdullah, Speaker Dewan Negeri Kelantan.

Oleh: Asri Hamat

PENGKALAN CHEPA, 6 Jun – Pengorbanan adalah elemen terpenting dalam sesebuah perjuangan dan menjadi syarat utama untuk meraih kejayaan, tegas Speaker Dewan Negeri Kelantan YB Dato’ Seri Amar D’Raja, Dato’ Dr. Mohd Amar Abdullah.

Menurutnya, kejayaan dalam perjuangan tidak akan dicapai tanpa kesanggupan untuk berkorban, sama ada dari segi masa, tenaga mahupun sumber lain.

"Dalam perjuangan, masa adalah perkara utama yang perlu dikorbankan. Kita semua sentiasa sibuk, tetapi jika kita terus melayan kesibukan itu, satu pun perkara tidak dapat dilakukan untuk perjuangan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Penghayatan Hari Wukuf Peringkat Parlimen Pengkalan Chepa yang berlangsung di Pusat Rekreasi Pulau Kundur, hari ini.

Tambahnya, pengorbanan bukan sahaja melibatkan masa, tetapi turut merangkumi tenaga, harta benda, ilmu dan kebolehan yang dimiliki.

"Para sahabat Rasulullah SAW bukan sahaja mengorbankan masa, harta dan tenaga demi agama, bahkan sanggup mengorbankan nyawa demi menegakkan Islam. Sebab itulah Islam berjaya tersebar di Tanah Arab," katanya lagi.

Dalam pada itu, Dato’ Dr. Mohd Amar turut menekankan bahawa setiap pejuang pasti berdepan dengan pelbagai cabaran termasuklah godaan iblis, yang telah bersumpah untuk menyesatkan manusia sejak awal penciptaan.

"Jalan iblis untuk memperdayakan manusia adalah melalui nafsu yang wujud dalam diri setiap insan," jelasnya.

Oleh itu, kata beliau lagi, manusia disaran agar mengawal nafsu bagi melemahkan pengaruh iblis.

"Antara cara untuk melemahkan nafsu ialah dengan berpuasa. Selain Ramadan, kita digalakkan berpuasa sunat pada awal Zulhijjah, khususnya pada Hari Arafah, serta puasa sunat lain sepanjang tahun.

"Apabila nafsu menjadi lemah, maka peluang iblis untuk memperdayakan manusia juga semakin sukar," ujarnya.


Turut hadir dalam program berkenaan ialah Exco Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar merangkap Ahli Dewan Negeri (ADN) Kijang YB Dato’ Dr Izani Husin, Ahli Parlimen Pengkalan Chepa YB Datuk Dr Ahmad Marzuk Shaary, ADN Cempaka, YB Nik Baharum Nik Abdullah, Ahli Dewan Negara YB Nik Abduh Nik Abdul Aziz; serta mantan ADN Cempaka, Ustaz Ahmad Farhan Mahmood.

Prof Emeritus Dato’ Dr Johari Mat, Pengarah Institut Pemikiran Tok Guru Bentara Setia (IPTG).

Kuliah sempena Hari Wukuf pula disampaikan oleh Pengarah Institut Pemikiran Tok Guru Bentara Setia (IPTG), Prof Emeritus Dato’ Dr Johari Mat.

Untuk rekod, Program Penghayatan Hari Wukuf merupakan acara tahunan anjuran Kerajaan Negeri Kelantan melalui Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan (UPKN). 

Program kerohanian itu diadakan serentak di semua 14 kawasan Parlimen negeri ini pada 9 Zulhijjah setiap tahun.



MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook