Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

TAMAN PERINDUSTRIAN IBS SUNGAI BAGAN CAPAI KEMAJUAN 83.28 PERATUS
utama

TAMAN PERINDUSTRIAN IBS SUNGAI BAGAN CAPAI KEMAJUAN 83.28 PERATUS


Oleh: Norzana Razaly

KOTA DARULNAIM, 16 Jun – Pembangunan Taman Perindustrian Sistem Binaan Berindustri (IBS) di atas tanah kerajaan seluas 200 ekar (80.94 hektar) di Lot 1069 (1725), Sungai Bagan, Mukim Joh, Daerah Labok, Jajahan Machang menunjukkan kemajuan positif dengan pencapaian keseluruhan 83.28 peratus setakat 31 Mei 2025.

Projek yang bermula pada 3 Julai 2023 dan dijadual siap pada 20 September 2025 itu merupakan antara inisiatif strategik Kerajaan Negeri Kelantan dalam memperkasa pembangunan ekonomi berasaskan industri pembinaan moden berteknologi tinggi.

Sehubungan itu, Exco Pelaburan, Perindustrian, Sumber Manusia, Perdagangan dan Keusahawanan YB Mejar (B) Dato’ Md Anizam Ab Rahman berkata pihaknya berpuas hati setelah menerima laporan kemajuan teknikal semasa.

“Kita memantau rapat pelaksanaan projek ini agar disiapkan mengikut jadual dan spesifikasi yang ditetapkan demi menjamin impak maksima kepada pembangunan ekonomi setempat.

YB Mejar (B) Dato’ Md Anizam Ab Rahman,
Exco Pelaburan, Perindustrian, Sumber Manusia, Perdagangan dan Keusahawanan Negeri Kelantan

“Komponen awal projek melibatkan kerja-kerja persiapan awal tapak (preliminaries) seperti pembinaan pejabat sementara, papan projek, pagar keselamatan (hoarding) dan lain-lain telah mencapai 99.83 peratus kemajuan, sekali gus menandakan fasa perancangan dan penyediaan awal hampir selesai sepenuhnya,” jelasnya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya lagi, aspek kawalan dan keselamatan trafik serta pengurusan alam sekitar melalui Pelan Kawalan Hakisan dan Kelodak (ESCP) masing-masing telah mencapai 100 peratus siap, menggambarkan pematuhan sepenuhnya terhadap keperluan keselamatan dan kelestarian alam sekitar sepanjang pelaksanaan projek.

“Fasa kerja tanah dan penyediaan tapak (site preparation and earthworks) telah merekodkan kemajuan 94.55 peratus, manakala kerja-kerja cerucuk (piling) telah siap sepenuhnya sejak Oktober 2023.

Bagi komponen kerja bangunan, kemajuan setakat ini mencatatkan 75.91 peratus, manakala kerja-kerja infrastruktur utama seperti jalan dalaman, saliran dan utiliti asas mencatatkan 69.59 peratus kemajuan.

Walau bagaimanapun, kerja-kerja mekanikal dan elektrikal (M&E) yang dimulakan pada Januari 2024 masih berada di tahap awal dengan hanya 13.59 peratus kemajuan setakat ini, namun dijangka dipertingkatkan dalam suku ketiga 2025 seiring perkembangan kerja binaan struktur utama,” katanya.

Dato’ Md Anizam optimis pembangunan Taman Perindustrian IBS itu juga berperanan sebagai pemangkin kepada kemajuan sosioekonomi luar bandar dan selari dengan hasrat negeri untuk memperkasa sektor industri hijau dan pembinaan mampan.

“Projek Taman Perindustrian IBS ini dijangka membuka ruang pelaburan baharu serta mewujudkan peluang pekerjaan di kawasan tengah Kelantan, khususnya dalam sektor teknologi pembinaan IBS yang semakin mendapat perhatian di peringkat nasional,” ujarnya.
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook