Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 Tutup Selat Hormuz senjata signifikan Iran
komentarutama

Tutup Selat Hormuz senjata signifikan Iran



DR ZULKEFLEE YAACOB

PENUTUPAN Selat Hormuz akan mengundang krisis global dan pemicu tragedi musibah skala besar. 


Iran telah melaksanakan perintah kapal asing mesti memohon kebenaran pihak berkuasa tempatan menggunakan laluan Selat Hormuz berkuat kuasa dalam tempoh 100 hari pascaperang Iran-Israel. 


Langkah mewajibkan semua kapal minyak dan gas yang melalui Selat Hormuz meminta izin dilihat dalam geopolitik dunia akan mengubah harga minyak dunia, pola perdagangan dan strategi global. 


Selat Hormuz sepanjang 39 kilometer bukan sekadar laut sempit tetapi laluan saluran utama minyak dunia global, iaitu 20 peratus digunakan termasuk Jepun, China, India dan Malaysia. 


Tindakan pascaperang Iran-Israel yang menghentam pelancar peluru Iran punca reaksi balas dengan misi gelombang skala besar apalagi Amerika Syarikat (AS) telah melancarkan serangan ke atas tiga tapak nuklear di Iran, termasuk Fordo, Natanz, dan Esfahan.


Tindakan AS mengundang gangguan ekonomi yang teruk, malah suatu tekanan kepada negara polis dunia dan sekutunya. 


Padah AS membantu Israel menyebabkan Iran mengubah pendekatan, iaitu memanfaatkan senjata perang paling signifikan melalui kekuatan ekonomi. 


Selat Hormuz suatu alat kawalan ekonomi global memberi tamparan hebat kepada Barat apabila prosedur laluan selatnya memerlukan kapal-kapal ditapis, ditahan sebelum dilepaskan ke destinasi masing-masing. 


Kapal milik sekutu Barat ditapis atas alasan keselamatan. Kasus tersebut menyebabkan harga minyak dunia mencanak naik secara mendadak. 


Ini bukan spekulasi tetapi fakta di pasaran seperti logistik mengundang pemegang taruh menarik diri atau berhenti kerana menanggung kerugian besar.


Mereka terpaksa mencari laluan lain atau menunggu plot krisis berakhir dengan gencatan senjata. 


Tindakan tegas Iran itu bagi mempertahankan negara mereka daripada diceroboh Zionis Yahudi dan AS. Banyak pihak memmpersalahkan AS kerana tidak menghormati piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). 


Malah Presiden Donald Trump membelakangkan Kongres dengan melancarkan perang ke atas Iran sehingga dikecam rakyat sendiri. 


Syarat dikenakan Iran akan meluncurkan konflik di laut terbuka kelak.  Iran ada rekod mengganggu-gugat dan menahan kapal-kapal asing seperti kapal Britain dan Korea Selatan atas isu pembayaran dan sekatan ekonomi. 



Biar pun AS dan negara adidaya dunia atau kuasa besar cuba menghalang Iran mengawal ruang strategik di laluan Selat Hormuz, namun ia mendapat aksi balas agresif Iran.


Iran sudah siap siaga dan signifikan fasiliti seperti bot pantas pintas, drone laut dan pasukan laut elit. 


Dunia tidak boleh mempersalahkan Iran kerana negara ini bertindak bagi melindungi diri selepas diserang musuh. 


Oleh itu, pemicu perang dunia kerana silap perhitungan kepala negara Barat yang cuba mengganggu laman permainan strategik di Asia Barat.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook