Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Warga MPKB-BRI perlu tingkat kerja berintegriti

Warga MPKB-BRI perlu tingkat kerja berintegriti



SALMAH MAT HUSAIN

KOTA BHARU: Seluruh warga  Majlis Perbandaran Kota Bharu–Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) disaran berusaha mengurangkan ketirisan kewangan serta meningkatkan kutipan hasil melalui perbelanjaan berhemah dan kerja berintegriti.


Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Alam Sekitar negeri, Hilmi Abdullah berkata, kecemerlangan sesebuah organisasi terletak kepada jentera pengurusan  berwawasan dan kakitangan yang mengamalkan budaya kerja cemerlang.


"Budaya ini menjadi asas penting kepada peningkatan kualiti dan produktiviti organisasi, terutama dalam era cabaran ekonomi yang tidak menentu," katanya ketika merasmikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2024 di Dewan Jubli Perak di sini kelmarin.


Turut hadir Yang Dipertua MPKB-BRI, Azi Rahimee Mohamed.


Pada program tersebut seramai 41 warga  MPKB-BRI menerima anugerah sebagai pengiktirafan di atas perkhidmatan cemerlang dan berkualiti mereka.


Majlis itu turut meraikan kejayaan MPKB-BRI sepanjang tahun 2024 yang membawa pulang pelbagai pengiktirafan dan anugerah pertandingan serta program peringkat kebangsaan anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), kerajaan negeri serta sektor awam.


Hilmi juga berkata, anugerah tersebut merupakan manifestasi keprihatinan MPKB-BRI terhadap modal insan yang berkualiti, dinamik serta berprestasi tinggi dalam mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) ditetapkan.


Sehubungan itu beliau berharap penerima anugerah dapat mengekalkan momentum kecemerlangan dalam melaksanakan tugas.



“Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada 41 orang warga MPKB-BRI yang diraikan dan diharapkan pengiktirafan ini dapat menyuntik semangat kepada 818 lagi warga MPKB-BRI untuk terus berdedikasi dalam menjalankan tugas,” ujarnya 


Hilmi turut merakamkan penghargaan kepada Bahagian Mekanikal yang terlibat dalam Inovasi MALA 3.0 Piala  Menteri KPKT yang memenangi tempat ke-10 daripada 30 penyertaan. 


Kata beliau kemenangan tersebut memberi motivasi tinggi kepada seluruh pegawai dan kakitangan MPKB-BRI dalam mencapai visi dan misi organisasi.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook