Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

   5370 Huffaz: Pemuda PAS Machang rakam tahniah kepada Kerajaan Kelantan
utama

5370 Huffaz: Pemuda PAS Machang rakam tahniah kepada Kerajaan Kelantan

Oleh Fathi Yusoff Ajami


MACHANG, 22 Julai 2025
– Dewan Pemuda PAS Kawasan Machang merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Kelantan atas kejayaan melahirkan seramai 5,370 orang huffaz menerusi institusi pendidikan tahfiz di bawah seliaan Yayasan Islam Kelantan (YIK).

Ketua Pemudanya, Ahmad Fakhrurrazi bin Yahaya menyatakan bahawa kejayaan ini adalah manifestasi kepada visi luar biasa Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang mencetuskan idea mengintegrasikan pengajian tahfiz dengan sistem pendidikan kebangsaan — satu pendekatan yang dianggap mendahului zaman.

“Segalanya bermula dengan penubuhan Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat (MTAQ) Pulai Chondong di Jajahan Machang pada tahun 1992. Institusi ini menjadi pelopor dan inspirasi kepada penubuhan maahad tahfiz integrasi lain, bukan sahaja di Kelantan, malah di seluruh negara,” katanya.

Kini, maahad-maahad tahfiz YIK menawarkan pelbagai aliran seperti Tahfiz & Sains, Tahfiz & Sastera, Tahfiz & TVET, serta Tahfiz & Turath, selari dengan keperluan semasa dan aspirasi pendidikan negara.

Menurut beliau, kejayaan model Kelantan ini turut mendorong institusi pendidikan Persekutuan seperti SMKA, MRSM, SBPI dan SMK untuk memperkenalkan Kelas Aliran Tahfiz (KAT) sebagai salah satu pilihan utama pendidikan Islam.

“Sekolah-sekolah tahfiz kini menjadi destinasi pilihan ibu bapa untuk anak-anak cemerlang — bukan sahaja untuk menghafal al-Quran, tetapi juga berjaya dalam akademik dan sahsiah. Ini adalah pelaburan besar untuk masa depan ummah,” ujar Fakhrurrazi lagi.

Beliau berharap agar kesinambungan pendidikan tahfiz ini akan terus melahirkan generasi huffaz yang bukan sahaja faqih dalam ilmu agama, tetapi turut berperanan membimbing masyarakat menuju petunjuk al-Quran.

“Kejayaan ini bermula dengan satu inspirasi dan langkah berani yang ‘out of the box’ oleh kerajaan negeri. Kini, ia menjadi cahaya yang menyinari seluruh negara,” katanya.
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook