Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 Bas mesra alam beroperasi di Kota Bharu
utama

Bas mesra alam beroperasi di Kota Bharu

Oleh Salmah Mat Husain



KOTA BHARU: Lima bas pink Bas.My yang mesra alam memulakan operasi di bandar baru-baru ini dikendalikan Konsortium E-Mutiara Berhad.

Bas-bas tersebut menggunakan enjin diesel Euro 5 yang lebih mesra alam bagi membantu mengurangkan kadar pelepasan karbon di kawasan bandar.

Pengerusi Eksekutif Konsortium E-Mutiara Berhad, Che Ibrahim Che Ismail berkata, sebanyak lima bas pink telah diterima di depoh syarikat itu dan selebihnya dijangka tiba menjelang hujung bulan ini.

“Sebagai permulaan, bas pink ini akan beroperasi di laluan Kota Bharu ke Meranti, dan selepas itu akan ditambah tiga laluan baharu, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 16 laluan.

"Perkhidmatan Bas.My secara berperingkat sebelum ini dilalui bas harian, dalam usaha menambah baik sistem pengangkutan awam," katanya pada Majlis Kucha Sugho anjuran syarikat terbabit baru-baru ini.

Che Ibrahim juga berkata, pelancaran perkhidmatan bas elektrik (EV) yang dijadualkan bermula Julai terpaksa ditunda ke Ogos susulan kemudahan stesen pengecas belum diterima.

Sebelum ini, syarikat berkenaan mengumumkan akan mengendalikan lima bas elektrik pertama di Kelantan dengan nilai pelaburan RM11.2 juta.

Bas elektrik tersebut bakal ditawarkan secara percuma kepada warga emas, orang kurang upaya (OKU) serta pelajar sekolah dan Institut Pengajian Tinggi (IPT), dengan syarat mereka perlu berdaftar.

Dalam perkembangan lain, beliau turut menyambut baik cadangan kerajaan mewajibkan penggunaan tali pinggang keledar kepada semua penumpang bas ekspres.

“Sebenarnya kami telah menyediakan tali pinggang keledar dalam bas ekspres sejak lebih 10 tahun lalu. Kami juga tidak mengambil pemandu yang memiliki rekod saman atau jenayah. Setiap bulan, semakan dilakukan ke atas semua saman kenderaan dan mahu pemandu kekal bersih,” ujarnya.

Majlis Kucha Sugho melibatkan penyediaan lapan kawah bubur asyura dikendalikan kakitangan dan rakan kerjasama.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook