Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Bermasyarakat lebih disukai Rasulullah berbanding ibadah sendirian – MB Kelantan
utama

Bermasyarakat lebih disukai Rasulullah berbanding ibadah sendirian – MB Kelantan


Oleh: Norzana Razaly

PASIR MAS, 20 Julai – Menteri Besar Kelantan YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud menegaskan bahawa akitiviti kemasyarakatan merupakan amal soleh yang disukai Rasulullah SAW berbanding beribadah sendirian di masjid.

"Hidup bermasyarakat itu sendiri satu amal soleh, kerana di situlah terbitnya kasih sayang, saling membantu dan kebaikan yang berpanjangan melalui bakti kita kepada masyarakat," katanya di hadapan hampir 1000 peserta Karnival Cakna Rakyat 2025 DUN Meranti yang berlansung di Madrasah Nasrullah Pohon Buloh, di sini, pada Sabtu.

Jelasnya, sesiapa yang berbuat baik di dunia, pasti Allah membalasnya dengan kebaikan di dunia dan akhirat. perbuatan baik dan perkataan baik adalah sebahagian daripada amal soleh.

Oleh itu, beliau juga mengingatkan orang ramai agar berhati-hati ketika menuturkan perkataan yang melibatkan rukun iman kerana dikhuatiri menjejaskan iktikad, khasnya perkara berkaitan tugas malaikat.


Dalam pada itu, beliau yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Meranti turut menyeru para ibu bapa yang mempunyai anak cemerlang dalam peperiksaan awam negeri supaya segera memaklumkan kepada penghulu masing-masing untuk menerima sumbangan wang tunai sehingga RM500, bergantung kepada tahap kecemerlangan yang dicapai.

Menariknya, karnival Cakna Rakyat kali ini mengetengahkan sukan rakyat dan imej khemah bertema tradisional melalui keunikan sepuluh zon yang mempamerkan pelbagai elemen warisan dan budaya masyarakat Kelantan.

Antara yang dipamerkan termasuk Zon Kraftangan yang diwakili penduduk Meranti mempersembahkan anyaman, batik, tembikar. Zon Permainan Tradisional seperti gasing, wau, gendang dan rebana pula dipamerkan oleh penduduk Kampung Tok Sangkut, Jejawi.

Zon Pertanian daripada komuniti Meranti Kechil pula menampilkan motif tanaman padi dan rempah ratus. Diikuti Zon Perubatan Tradisional (Alor Buloh, Bayu Lalang) dengan paparan ubat-ubatan tradisional, dan demonstrasi perbomohan.


Manakala Zon Nelayan Darat (Bakong) pula membawa ikon perahu, jala, dan ikan kering berjiran dengan Zon Penternakan (Banggol Chicha) pula dengan peralatan dan hasil ternakan.

Turut mengambil bahagian, Zon Kedai Kopi (Siram) memperagakan juadah kuih tradisional di kedai buluh bersebelahan Zon Dapur Tradisional (Pohon Tanjung) dengan belanga dan demo masakan.

Banggol Setol mewakili Zon Pondok Agama mendatangkan kitab tua dan foto ulama Kelantan manakala Tasek Berangan mewakili Zon Pendekar Melayu dengan peragaan pakaian pendekar dan senjata tradisi.

Di samping itu, sebanyak 12 agensi kerajaan negeri termasuk Jabatan Kesihatan Pasir Mas, Agensi Anti Dadah cawangan Pasir Mas, Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan (UPKN) yang berganding bahu menjayakan program berkenaan menjadikannya sebagai platform mendekatkan pemimpin dengan masyarakat serta merapatkan ukhuwah sesama penduduk setempat.




MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook