Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Bina, selenggara jalan MARRIS: Kontraktor Tempatan Diutamakan - Exco Kerjaraya
utama

Bina, selenggara jalan MARRIS: Kontraktor Tempatan Diutamakan - Exco Kerjaraya

YB Dato’ Dr. Izani Husin,
Exco Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Kelantan

Oleh: Asyura Muhamad

KOTA DARULNAIM, 23 Julai - Kerajaan Negeri Kelantan menegaskan bahawa kontraktor tempatan terus menjadi keutamaan dalam kerja-kerja pembinaan dan penyelenggaraan jalan di bawah peruntukan Malaysian Road Records Information System (MARRIS).

Exco Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar YB Dato’ Dr. Izani Husin berkata pendekatan itu membolehkan syarikat tempatan mendapat manfaat secara langsung melalui agihan kerja yang teratur dan berpandukan tatacara kewangan yang sah.

“Bagi kerja penyelenggaraan, Syarikat Euro Saga Sdn. Bhd. memegang 30 peratus konsesi sebagai syarikat induk atau ‘payung’ yang menaungi beberapa kontraktor tempatan di bawah seliaannya.

"Selain itu, 30 peratus kerja diselia oleh Pejabat Pembangunan Negeri (PPN), manakala selebihnya diagihkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Jabatan Kerja Raya (JKR),” jelas beliau ketika menjawab soalan tambahan Ahli Dewan Negeri Melor, YB Tuan Wan Rohimi Wan Daud, pada Persidangan Kedua, Penggal Ketiga, Dewan Negeri Kelantan ke-15 di sini, hari ini.

Menurut Dato' Dr. Izani, pemilihan kontraktor di bawah PPN tetap tertakluk kepada proses biasa melalui tender, sebutharga atau kaedah lain yang dibenarkan mengikut peraturan kewangan semasa, bagi memastikan ketelusan dan peluang saksama.

Beliau turut memaklumkan bahawa jumlah peruntukan tahunan yang dibayar oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Kelantan bagi kerja-kerja penyelenggaraan jalan negeri di bawah MARRIS mencatatkan peningkatan berperingkat sejak sedekad lalu.

Antaranya, peruntukan diterima pada tahun 2016 berjumlah RM25 juta, meningkat kepada RM25.3 juta (2017), RM25.69 juta (2018), RM26.029 juta (2019), RM26.38 juta (2020), RM26.748 juta (2021), RM27.136 juta (2022), RM27.542 juta (2023), RM27.963 juta (2024) dan sehingga Jun 2025, sejumlah RM14.196 juta telah disalurkan.

“Kerajaan negeri komited memastikan peruntukan tersebut digunakan sebaiknya demi kesejahteraan rakyat melalui rangka kerja penyelenggaraan jalan yang lebih tersusun dan mesra rakyat,” jelasnya.
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook