Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

DAKWAH BUKAN MEMAKSA TAPI MENGAJAK DENGAN KASIH SAYANG - DATO' DR. FADZLI
utama

DAKWAH BUKAN MEMAKSA TAPI MENGAJAK DENGAN KASIH SAYANG - DATO' DR. FADZLI


Oleh: Norzana Razaly

KOTA BHARU, 30 Jun — "Dakwah bukan memaksa tetapi mengajak dengan kasih sayang dan keinsafan."

Demikian penegasan Timbalan Menteri Besar Kelantan, YB Dato Dr Mohamed Fadzli Hassan, ketika menekankan bahawa kelangsungan risalah Islam dalam masyarakat majmuk tidak hanya bergantung pada kekuatan hujah semata-mata.

Beliau berkata, usaha dakwah menuntut keupayaan pendakwah untuk menyantuni manusia dengan akhlak mulia, memahami dengan hati yang terbuka serta menyampaikan mesej Islam dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan.

Beliau menyatakan demikian selepas menghadiri Program Wacana Metodologi Dakwah di Pusat Tarbiyah Islam Kelantan (PUTIK) di sini, semalam.

Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah,
Naib Pengerusi PERKIM Kebangsaan

Wacana tersebut menampilkan tokoh dakwah berpengalaman, Naib Pengerusi PERKIM Kebangsaan Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah bersama rakan sejawatannya, Muhammad Fitri Abdullah.

Sebagai saudara baharu, mereka berkongsi pandangan mengenai pendekatan dakwah berkesan masa kini.

"Saya mengamati perbincangan yang cukup berwibawa dan pencerahan yang bernas tentang pendekatan dakwah berkesan bermula dengan memahami latar belakang, budaya dan keperluan sasaran mad’u sebelum menyampaikan mesej Islam," katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur serta kedua-dua panel atas penganjuran wacana yang disifatkan sangat bermanfaat untuk memperkukuh gerakan dakwah yang lebih segar, berstrategi dan menyentuh hati.

Muhammad Fitri Abdullah,
Naib Pengerusi PERKIM Kebangsaan

"Perkongsian ilmu seperti ini amat diperlukan dalam memperkasa pendekatan dakwah agar sentiasa relevan dengan realiti masyarakat kita hari ini," tambahnya.

Program anjuran bersama Yayasan Amanah Tok Kenali Negeri Kelantan, Ilmuan Islam Kelantan dan PERKIM Bahagian Negeri Kelantan itu dihadiri para pemimpin negeri, pegawai Halaqat, pendakwah dan mualaf serta wakil pelbagai agensi yang terlibat secara langsung dalam gerakan dakwah di Kelantan.

Mualaf


MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook