Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 Gelombang perubahan rakyat makin ketara
Nasional

Gelombang perubahan rakyat makin ketara


KOTA BHARU: Himpunan 'Turun Anwar' yang berlangsung di ibu negara petang semalam dianggap berjaya kerana disertai rakyat dari pelbagai lapisan khususnya anak-anak muda.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan Mohd Firdaus Mohamed Nawi berkata, sepanjang perhimpunan berlangsung tidak berlaku perkara yang tidak diingini.

"Kehadiran ribuan rakyat termasuk dari Kelantan membuktikan anak muda Malaysia tidak mudah termakan propaganda dan maklumat berat sebelah, sebaliknya sedar untuk menyuarakan perubahan.

"Pemuda PAS Kelantan hadir dalam himpunan tersebut bagi menyatakan solidariti bersama rakyat kesan pelbagai kegagalan kerajaan, termasuk peningkatan kos sara hidup," katanya di sini. 

Himpunan aman 'Turun Anwar' di Kuala Lumpur semalam dianggar dihadiri ratusan ribu peserta yang datang dari seluruh negara. Turut hadir bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad,  Tan Sri Muhyiddin Yassin,  pemimpin-pemimpin pembangkang dan NGO.

Mohd Firdaus berkata,  anak muda bangkit menzahirkan bantahan terhadap kebobrokan pentadbiran kerajaan Madani. 


Katanya juga Pemuda PAS Kelantan menegaskan 10 bantahan utama terhadap pentadbiran Perdana Menteri, antaranya, pengurusan negara yang tidak teratur dan mengganggu kestabilan rakyat.

Kenaikan kos sara hidup yang tidak ditangani secara serius dan hanya diganti dengan pengumuman populis juga memberi kesan yang panjang kepada rakyat.

"Kami juga menolak cadangan pelaksanaan URA yang mengganggu kontrak sosial dan keharmonian kaum.

"Kegagalan menunaikan janji kebebasan kehakiman termasuk pelantikan Ketua Hakim Negara dalam kalangan berkepentingan politik," katanya.


Beliau juga berkata penyambungan kontrak Ketua Pesuruhjaya SPRM yang melanggar komitmen awal perdana menteri, amalan kronisme termasuk pelantikan penasihat ekonomi dan penglibatan ahli keluarga dalam urusan rasmi juga amat tidak wajar berlaku.

Selain itu pelaksanaan subsidi bersasar yang tidak menepati janji penyelesaian menyeluruh dan pakatan dengan individu yang pernah terlibat dalam penyelewengan demi kelangsungan kuasa amat mengecewakan.

 Beliau turut menggesa  semangat keberanian anak muda diteruskan sebagai gelombang perubahan rakyat bagi menggantikan kerajaan yang ada sekarang.



MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook