Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Hampir tiga tahun pembangkang dinafi peruntukan
Nasional

Hampir tiga tahun pembangkang dinafi peruntukan

Oleh Aslani M


KUALA KRAI: Hampir tiga tahun kerajaan Madani pimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim menafikan peruntukan kepada ahli-ahli parlimen pembangkang.

Sedangkan kata Ahli Parlimen Kuala Krai perkara itu jelas tertulis dalam janji manifesto Pakatan Harapan Pilihan Raya Umum (PRU) 15 untuk memberi peruntukan sama rata.

Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, ketika isu itu dibangkitkan pembangkang di Dewan Rakyat, kerajaan mencipta syarat baru pula iaitu perlu ada perjanjian.

“Ini bukan reformasi, tetapi nasi basi. Sebaliknya Adun-Adun pembangkang di Kelantan diberi peruntukan di bawah Rancangan Kecil Pembangunan (RKP) sama seperti penyokong kerajaan.

“Peruntukan yang diberikan itu tanpa ada sebarang janji atau terkandung dalam manifesto pilihan raya,” katanya pada kenyataan di laman sosialnya.


Menurutnya juga wakil rakyat pembangkang di Kelantan turut dijemput ketika lawatan Menteri Besar Dato’ Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud beliau ke Gua Musang baru-baru ini.

Kata beliau pendekatan tersebut sepatutnya turut dilaksanakan kerajaan Pusat dengan mengundang pembangkang ketika lawatan menteri ke Kelantan.

Katanya Ahli-ahli Parlimen pembangkang sewajarnya diundang dalam apa sahaja lawatan menteri di kawasan mereka.

“Tak rugi pun, bahkan untung lagi di sebelah kerajaan dan menampakkan kerajaan Madani inklusif dan berjiwa besar.

“Begitu juga dalam hubungan dengan jabatan atau agensi pusat didapati ada jabatan dan agensi pusat yang takut-takut apabila berurusan dengan Ahli Parlimen pembangkang, khususnya melibatkan sekolah,” ujarnya.


Abdul Latiff juga berkata, pihaknya banyak menerima permohonan sumbangan daripada sekolah di Kuala Krai untuk melaksanakan pelbagai aktiviti.

“Kami layan setakat termampu walaupun tanpa peruntukan, tetapi pemberian secara senyap, jika tersebar gambar pihak pengurusan sekolah berdepan dengan tindakan.

“Ada undangan bukan untuk berucap pun, tapi makan-makan sahaja termasuk program hari raya, jamuan kesyukuran, kutipan derma mengisi tabung dan sebagainya. Apa nak takut sangat,” ujarnya.



MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook