Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Hukum Islam bersifat mendidik, bukan hanya menghukum – Menteri Besar
utama

Hukum Islam bersifat mendidik, bukan hanya menghukum – Menteri Besar


Oleh: Asri Hamat

KOTA BHARU, 29 Julai – Hukum Islam bukan semata-mata bersifat menghukum tetapi lebih kepada mendidik dan memperbaiki masyarakat, kata Menteri Besar Kelantan, YAB Dato' Panglima Perang Ustaz Dato' Mohd Nassuruddin Daud.

Menurut beliau, pelaksanaan hukum Islam bertujuan membina rasa tanggungjawab individu dan masyarakat terhadap Allah SWT. Malah, ia juga membuka ruang kepada perubahan positif serta memberi peluang kepada pesalah untuk memohon keampunan dan meraih rahmat Ilahi.

“Masyarakat boleh dibahagikan kepada dua kategori; satu yang boleh dididik melalui seruan dakwah dan kebaikan, dan satu lagi hanya boleh dididik melalui pencegahan serta amaran."

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan Hari Hududullah Peringkat Negeri Kelantan 1447H/2025M di Dewan Utama Tengku Kaya Pahlawan, Kompleks Islam Panji, di sini, pada Khamis.

YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud,
Menteri Besar Kelantan

Beliau turut menegaskan bahawa penguatkuasaan undang-undang syariah di negeri ini perlu dilaksanakan secara adil, telus dan berintegriti, selari dengan prinsip kaedah fiqh "kemudaratan mestilah dihilangkan".

“Peranan ini digalas oleh jabatan-jabatan berautoriti seperti Bahagian Undang-Undang Syariah JAHEAIK, Jabatan Pendakwaan Syariah dan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan yang menjalankan siasatan, pendakwaan serta pelaksanaan hukuman,” ujarnya lagi.

Tambah beliau, keistimewaan sistem keadilan Islam memberi ruang kepada pesalah untuk bertaubat dan memperbaiki diri, seterusnya menjadi muslim yang lebih baik dengan bimbingan pihak berkuasa.

Sementara itu, Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri, YB Mohd Asri Mat Daud berkata, pelaksanaan hukum Allah perlu dilihat dari sudut pendidikan dan bukan semata-mata untuk menghukum.

YB Mohd Asri Mat Daud,
Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri Kelantan

“Walaupun secara zahirnya hukum ini dilihat seperti satu bentuk hukuman atau penderaan, namun hakikatnya ia merupakan satu proses pendidikan yang bertujuan mendidik masyarakat agar menjauhi kemungkaran,” katanya ketika memberi ucapan aluan dalam majlis tersebut.

Jelasnya lagi, hukum Allah SWT diturunkan bukan sahaja untuk menjamin kesejahteraan umat Islam, malah untuk seluruh makhluk termasuk jin dan lain-lain sebagai satu langkah pencegahan terhadap pelbagai bentuk kesalahan.

Untuk rekod, sambutan Hari Hududullah peringkat Negeri Kelantan tahun ini merupakan penganjuran kali ke-20 sejak mula diperkenalkan. Program tahunan ini bertujuan memberi kesedaran dan kefahaman kepada rakyat Kelantan mengenai pelaksanaan hukum Islam serta memperkukuh usaha bersama dalam menegakkan syiar Islam di negeri ini.
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook