Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 Israel pengecut berselindung di belakang Amerika
komentar

Israel pengecut berselindung di belakang Amerika

Oleh Dr Zulkeflee Yaacob


TITIK bingit ketakutan terhadap Iran atas fitnah besar dapat dinafikan bahawa salsilah pemerintah Iran usai revolusi dari jalur Ali Abi Thalib dan Ahlul Bait setelah wafat Nabi Muhammad SAW.

Titik lemah Zionis Israel pula dilaporkan daripada sumber Home Asia Pasifik, Eropah, Amerika Timur, Timur Tengah dan Afrika. Fokus dalam indeks Home Timur Tengah bahawa Iran berupaya mengesan titik merah menghadapi perang Iran-Israel.

Media asing menyebar luas unjuk rasa warga di ibu kota besar seperti London, Paris, New York, Santiago, Barcelona, Berlin, Melbourne, Seoul, Stockholm, Scotland, Brussel, The Hague, Toroto, Geneva, Liverpool, Islo, Sydney, Rome, Copenhagen, Manchester, Jakarta dan lain-lain yang menolak regim brutal dan ambang perang dunia dahsyat.

Sementara perseteruan atau permusuhan dan saling membenci di antara kumpulan Syiah dan Sunni pada awalnya membabit soal kepimpinan bukan akidah kerana masing-masing emosional pasal pengganti pascawafat baginda Rasullullah SAW hingga berlaku perang Jamal, perang Siffin dan tragedi Karbala.


 

Barat lagakan ummah

Jalur merah di antara kedua pihak dimanipulasi dan adu politik melewati sejarah Islam yang menguntungkan dinasti dan kekuasaan. 

Puak Sunni mengupaya kekuasaan dengan mengkriminalisasi dan menunding Syiah, apa lagi ketika Syiah meneraju tampuk kuasa dinasti Syafawi berlaku penindasan terhadap Sunni.

Musuh Islam yang dominasi kasus itu adalah zionis dan Barat kolonial memperkuatkan polarisasi agama agar umat Islam tidak bersatu. 

Tambahan aliran Wahabi menuduh Syiah menyembah Ali, menghina sahabat dan berpegang pada Quran palsu serta menuduh kafir. Naratif ini tersebar meluas pada abad ke-18 melalui gerakan Wahabi di media, ceramah, buku, web dan media sosial.

Usai revolusi 1979 era Iran moden yang tampil berlawan dengan Israel dan AS. Iran siap siaga berlawan dengan AS kerana pengalamannya berperang dengan Iraq selama 8 tahun dari tahun 1980-1989, sedangkan Israel perang paling lama dengan kumpulan Hamas dihitung gagal. 

Musuh Iran membina naratif Iran Syiah agar tidak menjadi anutan Muslim negara lain dengan cara menguar-uar ketakutan bahawa Syiah merbahaya kepada akidah.

Sementara dalam kasus menghadapi perang dunia ketiga dihitung massa dilapor 20 juta warga AS dan Eropah telah siap siaga. 

Malah, Sweden menggesa penduduk menyiap stok makanan kerana banyak negara akan ikut serta dalam perang panjang apabila Israel kalah kepada Iran kelak.



Kalah

Israel secara militer sudah kalah kerana pandangan buruknya kepada Iran yang dianggap lemah politik, ekonomi dan militer, namun dalam tempoh 46 tahun Iran membangun kekuatan militer secara mandiri.

Tambahan Iran tidak meminta bantuan sebaliknya berlawan sendirian atas sifat satria bukan pengecut seperti Israel yang muluk bantuan daripada AS. 

Ini memperlihatkan posisi Iran menang apatah lagi Republik Iran memiliki puluhan ribu rudal generasi baru dan hanya ratusan rudalnya ditembak ke arah Israel baru-baru ini. 

Iran menang atas autonomi dukungan sosial yang padu, di mana ia tidak pernah terjadi sebelumnya.

Penduduk tempatan malah solidariti warga Iran di luar negara menjadi entiti menggunakan massa bersejarah untuk meneutralkan ancaman regim Zionis Israel.

Meski pun Iran menyedari akan kehadiran AS yang cuba menyelamatkan Israel, namun Iran pada realitinya sudah siap sedia menghadapinya.

Ayotallah Ali Khamenei, pimpinan tertinggi Iran berkata bahawa militer Tehran secara tektikal dan praktis dapat melumpuh dan menghancurkan kaya rawa Israel tanpa AS kelak.

Sumber berita CNB 1 Julai memuatkan kenyataan jurubicara Garda Revolusi Iran (IRGC) Briged Jenderal Ali Mohammad Neine  bahawa regim Tel Aviv tidak upaya memahami kekuatan bangsa Iran dalam mendukung Republik Islam di medan perang.

Perang Gaza yang digambarkan sebagai metos kononnya Israel kuat, sedangkan hakikatnya Gaza disekat mendapat hak sebagai warga Palestin sejak 2007.

Malah sebelum tahun 1979 lagi Gaza disekat ekonomi, politik mahu pun militer, namun berjaya juga ditembusi  Hamas. 

Malah keupayaan Iran menyerang balas dengan sengit telah menimbulkan ketakutan warga Israel. Serangan Iran jauh lebih parah daripada kumpulan Hamas, Hizbullah dan Houthi Yaman.

Rentetan serangan prestasi tinggi dari Iran telah mengorbankan enam jeneral militer, 27 intelegen Mossad, 78 anggota keamanan, 27 anggota angkatan laut, 1,097 perajurit angkatan udara, 463 tentera dan 423 orang awam. 

Serangan tersebut merupakan reaksi langsung pada minggu terakhir Jun lalu dilakukan Iran dianggap strategi tepat menyebabkan Israel tenggelam dalam situasi berkabung dan titik bingit sirim kecemasan berkecamuk di beberapa kota rayanya.

Persenjataan Iran lebih canggih daripada Eropah, menakutkan Israel biar pun mereka berbangga pascaserangan 7 Oktober 2023 ke atas Gaza.  

Kebiadapan Israel sebelum ini tidak mendapat hukuman dari mana-mana organisasi dunia. Israel kebal daripada hukuman antarabangsa. 

Iran muncul ketika negara Islam lain atau Arab diam dan lemah mengelola keadilan bagi membela nasib rakyat Palestine.

Iran mengambil peranan negara Arab yang lumpuh menghadapi Israel. Populariti Iran sehingga muncul sebagai pelindung umat Islam dalam misi membebaskan Masjid al-Aqsa.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook