Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

KAO 2025: Pentas bakat muda golf, tarikan pelancongan sukan
utama

KAO 2025: Pentas bakat muda golf, tarikan pelancongan sukan

YB Datuk Kamarudin Md Nor,
Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Kelantan

Oleh: Asri Hamat

KOTA BHARU, 28 Julai – Kejohanan Golf Terbuka Amatur Kelantan (Kelantan Amateur Open - KAO) 2025 edisi ke-48 yang berlangsung dari 26 hingga 28 Julai di Kelantan Golf & Country Club (KGCC) menjadi platform penting dalam mencungkil bakat muda dalam sukan golf dan memberi impak positif terhadap pelancongan sukan di Kelantan.

Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan YB Datuk Kamarudin Md Nor menyifatkan penganjuran kejohanan berprestij tersebut sebagai langkah strategik dalam mencungkil dan membangunkan bakat muda di samping mengangkat sukan golf di peringkat negeri dan kebangsaan serta memperkukuh penglibatan komuniti setempat melalui Program Komuniti Golf anjuran Persatuan Golf Malaysia (Malaysian Golf Association – MGA).

“KAO 2025 bukan sahaja berjaya menghimpunkan pemain-pemain berbakat dari seluruh negara, malah memberi ruang kepada pembangunan atlet pelapis yang berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi. Inisiatif seperti ini juga secara tidak langsung menyumbang kepada sektor pelancongan sukan negeri Kelantan."


Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kejohanan Golf Terbuka Amatur Kelantan 2025 di KGCC, Pengkalan Chepa pada Ahad.

Kejohanan itu berjaya menarik penyertaan seramai 168 pemain, terdiri daripada 90 pemain tempatan dari Kelantan, 69 pemain dari luar Kelantan, serta sembilan pemain luar negara.

Menurut YB Datuk Kamarudin lagi, kejohanan berkenaan turut menjadi medan bagi mempromosi Kelantan ke seluruh Malaysia dan ke peringkat antarabangsa.

"Dengan kehadiran peserta dari 14 negeri serta luar negara, ia sekali gus meningkatkan keterlihatan Kelantan sebagai destinasi pelancongan sukan yang berpotensi tinggi," ujarnya.

Selain pertandingan golf, pelbagai aktiviti sampingan berunsurkan kebudayaan juga diadakan sepanjang kejohanan berlangsung.




Antaranya pameran dan reruai jualan makanan tradisional serta seni warisan Kelantan seperti reruai chef keropok viral Tumpat, air balang dan kuih-muih tradisional dari Pasar Tani Pengkalan Chepa, serta demonstrasi pembuatan Wau Bulan oleh Kalimi Kite dan pameran keris serta senjata Melayu oleh Yie Taming Sari.

Para pengunjung juga dihiburkan dengan persembahan kebudaya seperti kertok dan rebana ubi oleh kumpulan Seri Budi Jati dari Tawang yang mempamerkan keunikan warisan seni negeri Kelantan kepada peserta dan pelawat dari luar.

Datuk Kamarudin turut merakamkan ucapan tahniah kepada pihak penganjur, KGCC dan MGA atas kejayaan menganjurkan kejohanan yang cemerlang dan berharap agar KAO dapat diteruskan sebagai acara tahunan.

“Semoga kejohanan ini mampu menjadikan Kelantan sebagai salah satu destinasi utama sukan golf dan rekreasi di Malaysia,” tambahnya.
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook