Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Kawalan Sempadan Perlu Diperkukuh- Ahli Parlimen Tumpat
utama

Kawalan Sempadan Perlu Diperkukuh- Ahli Parlimen Tumpat


Oleh: Norzana Razaly

TUMPAT, 5 Julai – Kawalan sempadan negara mesti terus diperkukuh melalui pendekatan bersepadu bagi membanteras jenayah rentas sempadan demi kesejahteraan rakyat.

Ahli Parlimen Tumpat YB Dato' Mumtaz Md Nawi menegaskan perkara tersebut susulan kejayaan terbaharu pihak berkuasa menumpaskan aktiviti penyeludupan pil Yaba di kawasan sempadan, pada Khamis.

Dalam satu kenyataan media hari ini, beliau merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) serta semua agensi penguat kuasa yang terlibat atas komitmen dan keberanian menutup pintu-pintu kemungkaran yang menjadi ancaman masyarakat.

"Kejayaan ini membuktikan kerjasama erat pelbagai agensi telah mula membuahkan hasil, menutup pintu jenayah, maksiat dan gejala negatif lain di sempadan," katanya.

Beliau dalam masa sama menegaskan, kawalan sempadan yang kukuh memerlukan langkah preventif jangka panjang, termasuk, penambahan serta pembinaan kemudahan logistik di pos-pos kawalan.

Di tambah pula penjagaan keselamatan, kebajikan dan penempatan pegawai yang mencukupi.

Tidak terkecuali, pemantauan berterusan khususnya di laluan panas penyeludupan.

"Isu ini sentiasa saya tekankan kepada Kementerian Dalam Negeri kerana kawalan ketat bukan sahaja mengekang kemasukan dadah, tetapi turut membendung pemerdagangan manusia dan penyeludupan barang terlarang yang boleh merosakkan masa depan anak muda," ujarnya lagi.

Beliau turut menyeru seluruh masyarakat setempat agar berperanan sebagai mata dan telinga pihak berkuasa dengan menyalurkan maklumat tepat bagi membantu operasi kawalan.

Dato’ Mumtaz menambah, langkah memperkukuh kawalan sempadan bukan sekadar menutup pintu mungkar, bahkan membuka peluang memajukan ekonomi tempatan.

"Dengan pasaran yang bersih dan terkawal, kita boleh memperkukuh perdagangan sah di sempadan, mempromosi produk usahawan tempatan dan merancakkan aktiviti ekonomi halal yang memberi manfaat kepada penduduk Tumpat serta kawasan sekitarnya," katanya.

Beliau turut mendoakan semoga Tumpat dan Kelantan terus menjadi kawasan sempadan yang selamat, diberkati dan sejahtera, sekali gus menjadikan usaha membanteras jenayah dan memajukan ekonomi tempatan sentiasa di bawah keberkatan dan keredaan Allah SWT.
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook