Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Kegiatan sastera mampu pacu pelancongan, perkasakan sosioekonomi Kelantan
utama

Kegiatan sastera mampu pacu pelancongan, perkasakan sosioekonomi Kelantan

YB Datuk Kamarudin Md Nor,
Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Kelantan

Oleh: Norzana Razaly

KOTA BHARU, 26 Julai – Kegiatan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kebudayaan di Kelantan kini bukan sahaja mencorak wajah kesusasteraan negeri, bahkan turut menyumbang secara langsung kepada sektor pelancongan dan pemerkasaan sosioekonomi rakyat.

Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan YB Datuk Kamarudin Md Nor berkata, jangkauan aktiviti kesusasteraan dan kebudayaan anjuran NGO Kelantan seperti Gabungan Penulis-penulis Muda Kelantan (GEMA) kini telah melangkaui sempadan negeri dan merentasi Semenanjung Malaysia.

Antaranya, pemenang pertama kategori cerpen ialah Rohaidah Yon dari Johor manakala pemenang kedua, Hafshah Samsuri dari Selangor.

“Sayembara penulisan yang diadakan di Kelantan telah menarik penyertaan dari seluruh negara. Para pemenang hadir ke Kota Bharu bagi menerima hadiah, dan dalam masa yang sama membawa ahli keluarga bersama untuk melancong dan membeli-belah di negeri ini.

Rohaidah Yon, 60, pesara guru dari Batu Pahat, Johor.

"Hal ini secara langsung menyumbang kepada peningkatan aktiviti ekonomi tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penyampaian Hadiah Sayembara Penulisan Negeri Kelantan dan Pelancaran Buku-buku Terbitan GEMA 2025 di Gelanggang Seni di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, kegiatan sastera dan seni ialah medan untuk menghidupkan nilai kemanusiaan dan membentuk masyarakat yang peka terhadap perasaan, emosi dan sentimen insan.

“Sasterawan, penyair dan penulis dianugerahkan kepekaan yang tinggi terhadap nilai-nilai kemanusiaan. Mereka mengekspresi melalui bentuk paling seni iaitu sajak, cerpen dan karya kreatif lain. Inilah yang memperkayakan kehidupan kita,” katanya.

Datuk Kamarudin turut menegaskan bahawa kebebasan untuk berkarya dan hidup dalam masyarakat merupakan satu nikmat yang besar, berbanding kehidupan yang terasing dan sempit yang diumpamakan seperti hukuman.

“Itulah sebabnya manusia menolak kehidupan terpenjara kerana ia menyekat hakikat fitrah yang mahu bebas, bersuara dan bersosial,” ujarnya.

Beliau memuji peranan aktif GEMA dan persatuan penulis lain yang disifatkan berjaya menganjurkan kegiatan amar makruf dalam kerangka kebudayaan yang seimbang dan membina.

“Sastera ini misi yang membawa perkara yang maaruf. Apabila yang maaruf subur dan menonjol, lama-kelamaan perkara mungkar akan terhakis,” katanya.

Dalam ucapannya, beliau turut mengimbas pengajaran daripada surah al-Syu‘arā’, ayat 225-227 yang menyentuh perihal ahli syair yang sesat dan merayau-rayau, kecuali mereka yang beriman, beramal soleh, mengingati Allah dan membela diri apabila dizalimi.

“Ini pendekatan sederhana yang kita pegang untuk menjadi umat yang terbaik sebagaimana yang disebut dalam al-Quran,” tegas beliau.

Majlis tersebut turut menyaksikan pelancaran empat buah buku terbitan GEMA bagi tahun 2025 iaitu antologi puisi Suara Lorong Sunyi, antologi cerpen Pintu, antologi rencana Pena Digital dan Hati Manusiawi Menulis Dalam Era Kecerdasan Buatan dan antologi Indahnya Kelantan.

Seterusnya Datuk Kamarudin menyampaikan hadiah kepada para pemenang kategori puisi, cerpen dan rencana sayembara penulisan yang menghimpunkan karya-karya bermutu daripada penulis tanah air anjuran Kerajaan Negeri Kelantan dan GEMA dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur.








MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook