Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Kejohanan Golf Terbuka Amatur Kelantan  ke-48 2025 bakal catat penyertaan terbesar, tarik minat antarabangsa
utama

Kejohanan Golf Terbuka Amatur Kelantan ke-48 2025 bakal catat penyertaan terbesar, tarik minat antarabangsa

YB Datuk Kamarudin Md Nor,
Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Kelantan

Oleh: Asri Hamat

PENGKALAN CHEPA, 13 Julai – Kejohanan Golf Terbuka Amatur Kelantan ke-48 yang akan berlangsung dari 26 hingga 28 Julai ini dijangka mencatat sejarah sebagai antara edisi paling meriah dan berprestij sejak mula dianjurkan.

Kejohanan anjuran Kelantan Golf Country CLUB (KGCC) yang mendapat pengiktirafan rasmi daripada Persatuan Golf Malaysia (MGA) itu tercatat sebagai salah satu kejohanan utama dalam kalendar tahunan MGA.

Menurut Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan YB Datuk Kamarudin Md Nor, kejohanan tersebut mendapat sambutan menggalakkan dengan jumlah peserta dijangka melebihi 200 orang.

"Menariknya, lebih separuh peserta adalah terdiri daripada pemain-pemain luar dari negeri Kelantan, termasuk wakil-wakil dari skuad kebangsaan MGA, Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Majlis Sukan Negeri Pahang (MSN Pahang).

"Kejohanan ini juga turut menerima penyertaan antarabangsa apabila tiga orang pemain dari Taiwan turut menyertainya."


Beliau berkata demikian dalam satu sidang media sempena Kejohanan Golf Terbuka Amatur Kelantan ke-48, di KGCC, Pengkalan Chepa hari ini.

Katanya lagi, daya tarikan kejohanan pada tahun ini ialah tawaran hadiah lumayan bagi pukulan Hole-In-One, termasuk sebuah kereta Perodua tajaan Nasrom (M) Sdn Bhd, sebuah E-Bike tajaan Lexus serta jam tangan mewah Garmin dan Huawei Golf yang ditaja oleh Swee Cheong Watch & Co.

"Tambahan pula, hadiah tunai sebanyak RM5,000 turut ditawarkan untuk pukulan selubang di salah satu lubang yang telah ditetapkan menjadikan kejohanan ini antara yang paling menarik dari segi ganjaran," katanya.

Jelas Datuk Kamarudin lagi, kejohanan berkenaan bukan sahaja penting dalam memartabatkan sukan golf di peringkat negeri dan negara, bahkan menjadi platform mempromosikan Kelantan sebagai destinasi pelancongan.

“Kejohanan ini berperanan memperkenalkan Negeri Cik Siti Wan Kembang bukan sahaja sebagai lokasi sukan tetapi juga dari aspek budaya, warisan, dan kulinari tempatan.

"Kami berharap para peserta dari luar negeri dapat membawa kenangan manis dan mempromosikan kejohanan ini kepada rakan-rakan mereka di masa akan datang,” jelasnya.

Hadir sama dalam sidang media tersebut ialah Timbalan Presiden KGCC, Ahmad Rifaah Mohamed dan Setiausaha Kehormat KGCC Hazwan Hassan.



MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook