Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 Kelantan jadi contoh pertahan kestabilan sosial

Kelantan jadi contoh pertahan kestabilan sosial

SALMAH MAT HUSAIN


KOTA BHARU: Sikap tegas kerajaan negeri berkaitan penganjuran program kesedaran HIV yang dilaksana secara tidak berprosedur di Kemumin baru-baru ini turut mendapat sokongan Dewan Pemuda PAS Negeri.

Ketuanya Mohd Firdaus Mohamed Nawi berkata, kenyataan tegas Timbalan Menteri Besar Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan berhubung isu terbabit amat dihargai.

Katanya Pemuda PAS menyambut baik usaha pencegahan HIV/Aids yang merupakan suatu inisiatif penting berkaitan kesihatan awam. 

Namun, kata beliau sebarang bentuk penganjuran mesti dilaksanakan secara tertib, terancang dan melalui saluran rasmi serta mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan dan agensi berkaitan. 

“Ini penting bagi menjaga sensitiviti masyarakat setempat serta memastikan keharmonian sosial sentiasa terpelihara.

“Insiden itu membuktikan meski pun niat asal sebagai program kesihatan, namun apabila pelaksanaannya tidak melalui prosedur ia mudah disalah tafsir serta mencetuskan kekeliruan,” katanya pada kenyataan di sini.

Pada persidangan Dewan Undangan Negeri semalam, Dr Mohamed Fadzli berkata, kerajaan negeri memandang serius penganjuran program berkaitan kesedaran HIV di Kemumin kerana tiada sebarang makluman rasmi agensi penguat kuasa berkaitan.

Baru-baru ini Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dilapor berkata, program tersebut bukan ‘pesta gay’ seperti ditularkan.

Mohd Firdaus juga berkata, Pemuda PAS mencadangkan kerajaan negeri mengambil inisiatif sebagai orang tengah bagi mempertemukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menjernihkan sebarang salah faham berhubung program berkenaan. 

Selain itu prosedur operasi standard (SOP) penganjuran program kesihatan lebih ketat dan khusus perlu dibangunkan, terutamanya melibatkan komuniti berisiko tinggi. 

“Kempen awam yang mesra nilai tempatan dan berlandaskan prinsip syariah perlu diperkasakan. Usaha ini boleh digerakkan bersama NGO, masjid, sekolah dan institusi pengajian tinggi,” ujarnya. 

Menurutnya juga NGO yang ingin melaksanakan program kesedaran harus diberi ruang secara adil dengan syarat patuhi budaya setempat serta bersikap telus kepada pihak berwajib

“Kami percaya Kelantan sebagai sebuah negeri yang menjunjung tinggi dasar Membangun Bersama Islam akan terus menjadi contoh dalam mengekalkan kestabilan sosial, nilai murni, dan semangat musyawarah,” katanya.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook