Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Kelantan komited kekalkan sifar rasuah
utama

Kelantan komited kekalkan sifar rasuah

YB Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan,
Timbalan Menteri Besar Kelantan

Oleh: Asyura Muhamad

KOTA DARULNAIM, 22 Julai – Rekod sifar rasuah bagi negeri Kelantan sejak tahun 1990 terus dikekalkan sehingga ke hari ini dengan pelbagai usaha dan tindakan yang dibuat oleh kerajaan negeri.

Menurut Timbalan Menteri Besar, YB Dato’ Dr. Mohamed Fadzli Hassan, antara pelan integriti anti rasuah yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri untuk menjamin ketelusan urus tadbir adalah dengan menubuhkan unit integriti di kesemua agensi awam selaras dengan pekeliling perkhidmatan bilangan 6 tahun 2013.

“Di samping itu, kerajaan negeri juga sedang dalam tindakan untuk menubuhkan unit integriti di semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri Kelantan selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Tatakelola Peringkat Nasional Siri 04 Bilangan 1. Perkara ini telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Kali Ke 02 Tahun 2025 yang bersidang pada 5 Februari tahun ini,” katanya.

Selain itu, beliau memaklumkan juga bahawa Pelan Anti Rasuah Kelantan atau Kelantan Anti-Corruption Plan (KACP) 2020 -2024 telah dibangunkan selari dengan dasar dan pelan peringkat nasional iaitu Pelan Anti Rasuah Nasional atau National Anti-Corruption Plan (NACP) 2019-2023 dengan matlamat untuk membudayakan amalan integriti dalam penyampaian dan perkhidmatan berpaksikan konsep Ubudiyyah, Mas'uliyah dan Itqan (UMI).

Mengulas lanjut perkara tersebut, kerajaan negeri juga telah mewajibkan semua pejabat tanah dan jajahan serta 12 PBT membangunkan Pelan Anti Rasuah Organisasi masing-masing dan ianya telah siap dibangunkan dan dilancarkan pada November 2024 bersempena sambutan Hari Integriti Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2024.

“Kerajaan negeri juga dalam tindakan untuk membangunkan pelan tersebut kepada syarikat milik Kerajaan (GLC) iaitu Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN), Yayasan Islam Kelantan (YIK), Perbandaran Bandar Baru Tunjong, Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan dan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK),” jelasnya.

Menjawab persoalan yang diajukan oleh Ahli Dewan Negeri (ADN) Salor YB Tuan Saizol Ismail, beliau berkata kerjaaan negeri Kelantan melalui pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) telah membangunkan tiga polisi utama berkaitan integrity dan tadbir urus iaitu Polisi Anti Rasuah, Polisi Pemberi Maklumat (Whistleblower) dan Polisi Hadiah.

“Dari aspek program pendidikan dan kesedaran integriti pula, kerajaan negeri melalui Bahagian Integriti dan Tadbir Urus (BITU) pejabat SUK sentiasa mengadakan kursus dan ceramah integriti kepada penjawat awam dari masa ke semasa bagi membentuk budaya kerja beretika, mencegah rasuah di samping memperkukuh tadbir urus sesebuah organisasi,” katanya pada Persidangan Kali Yang Kedua Bagi Tempoh Penggal Ketiga Dewan Negeri Kelantan Yang Kelimabelas Tahun 2025, hari ini.
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook