Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Kelantan manfaatkan projek ECRL pacu ekonomi negeri
utama

Kelantan manfaatkan projek ECRL pacu ekonomi negeri

YB Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan,
Timbalan Menteri Besar Kelantan

Oleh: Mohamad Farhan

KOTA DARULNAIM, 21 Julai 2025 – Kerajaan Negeri Kelantan terus memperkukuh perancangan strategik bagi memanfaatkan sepenuhnya projek Keretapi Pantai Timur (ECRL) yang dijangka menjadi pemangkin utama pertumbuhan ekonomi negeri, khususnya dalam sektor perkilangan, pembuatan dan logistik.

Antara projek utama yang dirangka ialah pembangunan berasaskan Cargo-Oriented Development (COD) yang akan dilaksanakan di Stesen ECRL Pasir Puteh. Lokasi stesen ini yang berhampiran dengan Pelabuhan Tok Bali dilihat berpotensi besar menarik pelabur tempatan dan antarabangsa, selain merangsang pertumbuhan ekonomi hiliran seperti perkhidmatan pengangkutan, pembungkusan dan pembekalan bahan mentah.

“Antara infrastruktur yang dirancang termasuk pembinaan gudang, pusat pengedaran dan perkilangan. Ini diyakini mampu menarik minat pelabur luar serta membuka peluang pekerjaan baharu kepada rakyat tempatan,” kata Timbalan Menteri Besar Kelantan YB Dato’ Dr. Mohamed Fadzli Dato’ Hassan, menjawab soalan pada Persidangan Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Kelantan Yang Ke-15 di sini, hari ini.

Selain COD, pembangunan berasaskan Transit-Oriented Development (TOD) turut dirancang di Stesen ECRL Tunjong. Projek ini berkonsepkan integrasi pengangkutan awam dengan kawasan pembangunan bercampur merangkumi kediaman moden, zon komersial, institusi pendidikan serta pusat perniagaan.

“Pembangunan TOD ini dijangka membentuk bandar baharu yang mampan, menyeimbangkan ekosistem ekonomi melalui peningkatan mobiliti rakyat, peluang pekerjaan dan kualiti hidup,” tambahnya.

YB Mohd Adanan Hassan,
Ahli Dewan Negeri (ADN) Kelaboran

Menjawab soalan Ahli Dewan Negeri (ADN) Kelaboran YB Mohd Adanan Hassan mengenai jajaran asal ECRL ke Tumpat, Dr. Fadzli menjelaskan bahawa jajaran berkenaan kini dicadang untuk disambung ke Rantau Panjang, menggantikan perancangan awal ke Tumpat.

“Cadangan ini bagi memastikan ia selari dengan perjanjian antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Thailand yang akan menghidupkan semula laluan keretapi sedia ada dari Pasir Mas ke Sungai Golok di bawah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Bagaimanapun, projek ini masih di peringkat kajian,” katanya.

Projek ECRL yang dijangka siap menjelang 2027 dilihat mampu menghubungkan Kelantan secara lebih efisien dengan wilayah Pantai Timur lain serta Lembah Klang, sekali gus melonjakkan pertumbuhan ekonomi setempat selaras dengan dasar Membangun Bersama Islam.
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook