Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Kelantan perhebat kempen kebersihan, kukuh penguatkuasaan melalui PBT
utama

Kelantan perhebat kempen kebersihan, kukuh penguatkuasaan melalui PBT

YB Hilmi Abdullah,
Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Kelantan

Oleh: Asri Hamat

KOTA DARULNAIM, 21 Julai – Kerajaan Negeri Kelantan terus komited dalam mempertingkatkan kesedaran kebersihan dalam kalangan masyarakat melalui pelbagai langkah berterusan yang dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar YB Hilmi Abdullah berkata, antara inisiatif utama kerajaan negeri ialah penganjuran kempen berterusan seperti 'Kempen Kelantanku Bersih' serta program gotong-royong perdana yang melibatkan kerjasama agensi kerajaan dan komuniti setempat.

“Kerajaan negeri telah mengadakan kempen yang berterusan seperti 'Kempen Kelantanku Bersih', gotong-royong perdana yang melibatkan kerjasama antara agensi kerajaan dan komuniti setempat. Kempen ini telah lama dilaksanakan dan berterusan sehingga sekarang,” katanya semasa menjawab soalan Ahli Dewan Negeri (ADN) Pengkalan Pasir, YB Mohamad Nasriff Daud pada Persidangan Kali Yang Kedua Bagi Tempoh Penggal Ketiga Dewan Negeri Kelantan Yang Kelima Belas Tahun 2025, hari ini.

YB Mohamad Nasriff Daud,
Ahli Dewan Negeri (ADN) Pengkalan Pasir

Tambah beliau, maklumat berkaitan program kebersihan juga disebarkan secara aktif melalui media sosial, poster serta risalah kesedaran di tempat awam, sekolah dan rumah ibadat. Beliau turut menyeru agar semua wakil rakyat menyokong usaha ini dengan mengikuti dan menyebarkan maklumat yang dikongsi oleh PBT di media sosial.

Katanya lagi, kerajaan negeri turut mempergiat pendidikan kebersihan kepada komuniti melalui kerjasama dengan sekolah dan institusi pendidikan. Inisiatif ini termasuk menerapkan nilai sivik berkaitan penjagaan kebersihan dan alam sekitar di semua peringkat masyarakat.

"Bagi menggalakkan penglibatan masyarakat, pelbagai insentif dan pengiktirafan turut diperkenalkan melalui pertandingan Kelantanku Bersih. Anugerah ini merangkumi 12 kategori termasuk PBT cemerlang, taman awam terbersih, tandas awam terbersih serta pengurusan kebersihan terbaik oleh persatuan taman perumahan," ujarnya.

Dalam aspek penguatkuasaan pula, YB Hilmi menjelaskan bahawa PBT kini menjalankan rondaan dan pemantauan berkala di kawasan yang dikenal pasti berisiko menjadi lokasi pembuangan sampah haram.

“Penguat kuasa PBT akan sentiasa membuat rondaan sama ada menggunakan motosikal, pacuan empat roda serta pemantauan menerusi kamera litar tertutup (CCTV), ” ujarnya.

Katanya lagi, tindakan penguatkuasaan turut melibatkan pengeluaran notis amaran, kompaun dan pendakwaan terhadap individu atau premis yang melanggar peraturan kebersihan di bawah undang-undang kecil PBT.

"PBT juga memanfaatkan teknologi melalui sistem aduan awam dalam talian yang membolehkan masyarakat melaporkan pelanggaran peraturan kebersihan dengan lebih mudah dan cepat.

“Contohnya, kalau nampak orang meletakkan plastik sampah di atas bonet kereta di tengah jalan, ambil gambar dan lapor kepada PBT melalui sistem aduan awam. Dengan maklumat ini, PBT boleh ambil tindakan berdasarkan bukti,” katanya.

Selain itu jelas YB Hilmi lagi, pemantauan moden turut dijalankan di rumah sampah dan kawasan pelupusan dengan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV). Kaedah ini bukan sahaja membantu PBT memantau aktiviti pembuangan sampah, tetapi juga mengesan kes vandalisme serta menyokong tindakan penguatkuasaan berdasarkan bukti.

"Langkah-langkah yang diambil oleh PBT tersebut dapat membantu mengurangkan pelanggaran undang-undang kecil berkaitan kebersihan, sekaligus menyokong misi menjadikan Kelantan sebuah negeri yang bersih dan sejahtera," ujarnya.
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook