Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Kelantan potensi jadi hab pengeluaran harumanis
utama

Kelantan potensi jadi hab pengeluaran harumanis

Oleh SALMAH MAT HUSAIN



BACHOK: Selain Perlis dan Kedah, Kelantan turut berpotensi menjadi hab pengeluaran mangga harumanis di negara ini.

Exco Pertanian, Industri Agro Makanan dan Komoditi Negeri Dato’ Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, kerajaan negeri memperuntukkan RM120,000 bagi menyokong pembangunan projek penanaman mangga Harumanis Al-Falah.

Katanya, peruntukan tersebut melibatkan bantuan kepada 10 peserta komuniti dalam bentuk anak pokok, sistem pengairan, peralatan penanaman, kursus teknikal.

Selain itu lawatan ilmu ke Perlis dengan kerjasama Jabatan Pertanian Kelantan dan Jabatan Pertanian Perlis.

Sementara itu seorang usahawan tani dari Kampung Kuala Rekang dekat sini berjaya mengeluarkan 8,000 harumanis tahun ini daripada 40 pokok yang ditanam.

Mohd Ridzuan Jusof yang juga Pengerusi Persatuan Harumanis Al-Falah Kelantan berkata, jumlah itu hanya melibatkan sebahagian daripada keseluruhan 100 pokok yang ditanam sejak lima tahun lalu.

“Sejak mula ditanam, pokok harumanis sudah berbuah sebanyak empat kali. Kali pertama hanya 50 biji, kedua 1,500 biji, kemudian 2,500 biji dan kali ini mencecah 8,000 biji,” katanya di sini baru-baru ini.

Beliau juga berkata, harga jualan harumanis RM30 sekilogram dan dua kg RM50.

Menurutnya, permintaan buah tersebut sangat tinggi kerana pembeli datang ke ladang sehingga tidak sempat dipasarkan secara meluas.

“Setakat ini, peniaga belum datang membeli secara borong kerana semua habis dibeli orang tempatan yang datang ke sini,” katanya.

Beliau juga bercadang memperluaskan kawasan tanaman kerana masih banyak tanah kosong yang belum digunakan.

Persatuan Harumanis Al-Falah Kelantan kini mempunyai 30 ahli, dengan 10 daripadanya mengusahakan ladang harumanis secara aktif.

Mohd Ridzuan berkata, penyertaan baharu terus meningkat dan dijangka mencecah 100 ahli dalam masa terdekat.

Beliau turut mengajak orang ramai yang memiliki tanah terbiar memanfaatkannya dengan menanam harumanis, namun ilmu asas pertanian sangat penting sebelum memulakan projek tersebut.

“Tanah di Bachok memang sangat sesuai. Sesiapa berminat boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut,” katanya.

Menurut beliau, Jabatan Pertanian turut memberi sokongan teknikal termasuk menilai kesesuaian tanah dan mengesahkan benih yang digunakan varieti harumanis tulen.

Mengenai bau buah dikatakan kurang wangi berbanding harumanis dari Perlis atau Kedah, Mohd Ridzuan menjelaskan faktor tersebut bergantung kepada kaedah memetik dan menyimpan buah.

“Kalau kena kaedah memetik dan selepas itu kita peram di rumah atau simpan dalam kereta, bau semerbak harumanis tetap akan keluar apabila hampir masak,” katanya.

Baru-baru ini, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan melakukan lawatan ke ladang tersebut bagi meninjau perkembangan tanaman dan menyampaikan input pertanian kepada usahawan tani.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook