Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

KIAS berpotensi jadi pusat penyelidikan Ilmu Fiqh, Inovasi berteraskan Syariah
utama

KIAS berpotensi jadi pusat penyelidikan Ilmu Fiqh, Inovasi berteraskan Syariah

YB Dato’ Wan Roslan Wan Hamat,
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi Negeri Kelantan

Oleh: Asri Hamat

KOTA DARULNAIM , 22 Julai – Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) berpotensi besar untuk berkembang sebagai pusat penyelidikan dan pengembangan ilmu fiqh serta inovasi berasaskan syariah yang mampu memberi impak signifikan kepada industri di Kelantan.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi Negeri Kelantan, YB Dato’ Wan Roslan Wan Hamat berkata, sebagai institusi pengajian tinggi yang berteraskan Islam, kerajaan negeri memberi komitmen penuh terhadap pembangunan KIAS melalui pelbagai inisiatif, termasuk peruntukan khusus bagi penyelidikan dan inovasi.

“Melalui peruntukan yang diberikan, para penyelidik berpeluang mengkaji isu-isu kontemporari serta menghasilkan produk inovatif yang selari dengan perkembangan teknologi dan tuntutan semasa."

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Ahli Dewan Negeri (ADN) Dabong, YB Ku Mohd Zaki Hussin, dalam Persidangan Kali Kedua bagi Tempoh Penggal Ketiga Dewan Negeri Kelantan Yang Kelima Belas, hari ini.

Sejak dinaik taraf menjadi kolej universiti, KIAS telah mengurus 27 projek penyelidikan melalui pusat penyelidikannya.

Menurut YB Dato’ Wan Roslan, kajian dalam bidang fiqh telah dijalankan secara kolaboratif oleh pensyarah Fakulti Syariah dan Muamalat bersama pelbagai pihak.

"Antara kajian tersebut termasuklah Kajian Penetapan Kadar Uruf bagi Kadar Zakat Perhiasan Emas di Negeri Kelantan, Wakaf Ekonomi sebagai Model Baharu Pembangunan Ummah Secara Mampan, serta Pembinaan Gagasan Wanita Kelantan Solehah," ujarnya.

Selain itu, KIAS turut aktif dalam penyelidikan berkaitan inovasi dengan enam projek inovasi yang telah dijalankan oleh para pensyarah, di samping penyertaan mereka serta para pelajar dalam pertandingan inovasi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Selaras dengan usaha menggalakkan penghasilan produk intelektual, kerajaan negeri turut menyediakan dana bagi pendaftaran harta intelek hasil penyelidikan yang dijalankan.

Jelas YB Dato' Wan Roslan lagi, bagi memastikan impak penyelidikan sampai ke lapangan industri dan masyarakat, kerajaan negeri turut memperkenalkan dasar kerjasama antara KIAS dengan pelbagai agensi kerajaan negeri menerusi penyaluran geran penyelidikan serta geran padanan.

"Antara agensi yang telah menjalin kerjasama penyelidikan dengan KIAS termasuklah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK), Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita (U-Kekwa), Institut Latihan Darul Naim (ILDAN), Institut Pemikiran Tok Guru (IPTG) dan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI).

"Hasil kerjasama ini membolehkan seminar kolaboratif antara KIAS dan agensi kerajaan negeri dianjurkan, sekaligus memudahkan pemindahan ilmu secara dua hala,” jelasnya.

Beliau turut menegaskan kerajaan negeri terus komited memperkasa KIAS sebagai pusat ilmu dan penyelidikan fiqh serta inovasi berteraskan syariah dengan menyediakan sokongan kewangan, dasar kerjasama dan galakan ke arah pengkomersialan bagi memastikan hasil penyelidikan memberi manfaat kepada pembangunan industri dan masyarakat Kelantan secara patuh syariah dan berdaya saing.
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook