Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

KRW FC sasar lebih banyak tajaan hadapi Liga Super

KRW FC sasar lebih banyak tajaan hadapi Liga Super

Oleh: SALMAH MAT HUSAIN

KOTA BHARU: Kelab Bola Sepak Kelantan Red Warriors (KRW FC) giat mencari dana tambahan bagi memperkukuh kedudukan kewangan pasukan menjelang musim baharu Liga Super dan saingan Liga AI Semi-Pro 2025/2026.

Presidennya, Nik Hafiz Naim Nik Hassan, berkata dana berjumlah RM4 juta penting bagi memastikan kelab dapat bergerak lebih lancar dan berdaya saing dalam pelbagai kejohanan akan datang.

“Kita amat bergantung kepada penajaan bagi menggerakkan kelab. Oleh itu, tajaan berskala besar amat diperlukan untuk memastikan prestasi pasukan lebih menyinar musim depan,” katanya pada sidang media malam semalam.

Sempena majlis itu, KRW FC turut mengumumkan dua penaja utama kelab iaitu Naskeen Coffee dan BardGym, dengan nilai keseluruhan tajaan mencecah RM1 juta.

Daripada jumlah tersebut, RM500,000 merupakan sumbangan dalam bentuk tunai, manakala selebihnya berupa sokongan perkhidmatan.

Turut hadir Ketua Pemasaran Naskeen Coffee, Al Amin Hazimi Mohd Al, dan pemilik BardGym, Mohd Badrul Insan Kauzi.


Nik Hafiz turut menzahirkan penghargaan atas komitmen syarikat-syarikat tempatan yang tampil menyokong pembangunan sukan bola sepak di Kelantan.

“Kami berharap lebih banyak pihak tampil membantu dan bersama-sama mengangkat semula martabat bola sepak di negeri ini," ujarnya.

KRW FC kini merancang pelbagai inisiatif pengukuhan pasukan termasuk pembangunan pemain serta penyertaan dalam liga-liga kompetitif, sebagai usaha membina semula kegemilangan bola sepak Kelantan.
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook