Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

KUNJUNG HORMAT EXCO SUKAN KELANTAN KE MSN PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK PEMBANGUNAN SUKAN
utama

KUNJUNG HORMAT EXCO SUKAN KELANTAN KE MSN PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK PEMBANGUNAN SUKAN


Oleh: Asri Hamat 

KOTA DARULNAIM, 10 Julai - Kunjungan hormat  Exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat YB Zamakhshari Muhammad ke pejabat Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Jefri Ngadirin di Ibu Pejabat MSN, Bukit Jalil dapat memperkukuh kerjasama untuk pembangunan sukan di Kelantan. 

Menurut YB Zamakhshari, kunjungan hormat pada Selasa itu  membuka ruang kerjasama yang lebih erat khususnya dalam memperkukuh sistem pembangunan sukan di Kelantan secara menyeluruh dan mampan.

"Kunjungan ini bertujuan memperkukuh hubungan strategik antara Kerajaan Negeri Kelantan dan MSN dalam usaha mempertingkatkan pembangunan sukan serta pembinaan atlet berprestasi tinggi dari negeri Kelantan. 

"Antara perkara utama yang dibincangkan dalam kunjungan tersebut ialah penambahbaikan fasiliti dan infrastruktur sukan di Kelantan, pengukuhan program pembangunan atlet dari peringkat akar umbi, serta hala tuju penganjuran temasya SUKMA akan datang, terutamanya edisi 2028 yang akan menyaksikan Kelantan sebagai tuan rumah,” ujar beliau menerusi catatan di media sosial miliknya pada Rabu. 

Beliau turut menzahirkan penghargaan atas kesediaan dan komitmen pihak MSN untuk terus menyokong agenda pembangunan sukan Kelantan.

Sementara MSN menerusi satu hantaran di media sosial agensi tersebut menyatakan bahawa pertemuan tersebut juga menjadi platform kepada Kerajaan Negeri Kelantan untuk mempelajari struktur tadbir urus sukan di peringkat kebangsaan sebagai panduan dalam merancang pembangunan sukan negeri yang lebih sistematik.

Selain itu, perjumpaan berkenaan turut membincangkan persediaan Kelantan sebagai tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) 2028.

Kelantan akan tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) 2028 dan kerjasama erat di antara negeri dan kerajaan persekutuan diyakini mampu merealisasikan kejayaan penganjuran temasya berprestij tersebut.

Delegasi Kelantan yang turut disertai oleh Pengarah Majlis Sukan Negeri Kelantan (MSNK) Fiesal Abdullah disambut oleh Jefri Ngadirin bersama barisan pengurusan kanan MSN termasuk Timbalan Ketua Pengarah (Sukan) Mohd Sofian Hamzah, Pengarah Bahagian Atlet Azrul Hisyam Abd Jalil serta Pengarah Bahagian Fasiliti Mohd Raizal Muhamat Yaakup.


MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook