Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Nilai Kelantan secara adil, bukan dengan prasangka - Dato' Speaker
utama

Nilai Kelantan secara adil, bukan dengan prasangka - Dato' Speaker


Oleh: Asri Hamat

KOTA DARULNAIM , 17 Julai — Persepsi terhadap Kelantan sering dibentuk berdasarkan tanggapan berat sebelah yang tidak mencerminkan realiti sebenar negeri ini, kata Speaker Dewan Negeri Kelantan, YB Dato’ Sri Amar D’Raja, Dato’ Mohd Amar Abdullah.

Menurut beliau, apa yang dianggap perkara biasa di negeri lain sering dijadikan bahan kritikan apabila berlaku di Kelantan, semata-mata kerana cara pandang yang telah dibayangi prasangka.

“Sebab itu saya selalu tegaskan, kalau mahu beri komen, silakan. Kalau mahu mengkritik, kita terbuka. Tetapi mestilah dengan penilaian yang adil,” katanya dalam satu hantaran di media sosial miliknya pada Selasa.

Mengulas tentang pembangunan di Kelantan, beliau berkata, kerajaan negeri sentiasa komited merancang pelbagai inisiatif pembangunan bagi menarik pelabur dan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan.

"Antara usaha yang sedang giat dijalankan termasuk projek pembinaan pelabuhan, peluasan kawasan industri, penyediaan tanah untuk pelabur, serta penambahbaikan infrastruktur asas," ulas beliau.

Tambah beliau, Kelantan juga bersedia menyambut dasar nasional seperti Malaysia Digital Economy Blueprint dan strategi semikonduktor negara, sekali gus menunjukkan kesiapsiagaan Kelantan untuk menyumbang kepada pembangunan negara dalam sektor berteknologi tinggi.

“Dengan tenaga kerja yang berdisiplin dan berkemahiran, Kelantan bersedia membantu negara membina masa depan yang lebih mampan,” katanya.

Beliau membawa contoh dengan memetik kejayaan ROHM-Wako, sebuah syarikat semikonduktor dari Jepun yang telah lama bertapak di Kelantan dan kekal berkembang hingga ke hari ini dan menjadi antara yang terbaik dalam rangkaian global.

"Ini menjadi bukti kukuh bahawa suasana kerja, kualiti tenaga mahir dan persekitaran di Kelantan sangat diyakini pelabur antarabangsa. Malah, Duta Jepun sendiri pernah mengunjungi Kelantan dan mencadangkan lebih banyak syarikat Jepun diberi peluang meneroka potensi pelaburan di negeri itu.

"Ini semua adalah proses. Ia tidak berlaku sekelip mata. Ia menuntut kesungguhan, jaringan diplomatik, keyakinan pasaran dan kesiapsiagaan infrastruktur,” tegas beliau.

YB Dato’ Mohd Amar turut menzahirkan kebanggaan terhadap anak-anak Kelantan yang berjaya di peringkat nasional. Katanya kehebatan rakyat Kelantan tidak hanya terletak pada semangat merantau atau ketabahan menghadapi cabaran, tetapi pada nilai mereka sebagai sumber manusia yang berkualiti tinggi.

"Di Putrajaya sahaja, ramai anak Kelantan memegang peranan penting sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik, pengarah jabatan serta pegawai kanan kementerian. Di universiti, hospital, mahkamah dan sektor korporat juga, ramai anak Kelantan mengisi pelbagai peranan utama seperti pensyarah, doktor pakar, jurutera, peguam hingga akauntan,” ujarnya.

Beliau turut menzahirkan keyakinan bahawa dengan komitmen dan disiplin tinggi, anak-anak Kelantan akan terus menyumbang secara langsung kepada pembangunan negara dalam pelbagai bidang utama.

“Insya-Allah, orang Kelantan akan terus berdiri sebagai nadi penggerak pembangunan negara. Bersama-sama membawa Malaysia melangkah lebih jauh menuju masa depan yang lebih cemerlang,” katanya lagi.
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook