Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Pendidikan agama bermula di peringkat awal usia
utama

Pendidikan agama bermula di peringkat awal usia

Salmah Mat Husain


KOTA BHARU: Kelantan berusaha melahirkan generasi celik al-Quran melalui kelas Hafazan Kanak-Kanak dan Kelas Talaqqi al-Quran Bersanad.

Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Ustaz Mohd Asri Mat Daud berkata, program itu merupakan kesinambungan usaha melahirkan generasi celik al-Quran.

Katanya usaha itu bagi memartabatkan Kelantan sebagai ‘Bandaraya Islam’ yang menitikberatkan pendidikan agama sejak di peringkat awal usia.

"Kelas tersebut mulai beroperasi minggu lalu kini dibuka kepada pendaftaran baharu melalui laman rasmi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK),” katanya ketika merasmikan Kelas Hafazan Kanak-Kanak dan Kelas Talaqqi al-Quran Bersanad di Kompleks Islam Darul Naim, baru-baru ini. 


Turut hadir Ketua Hakim Syarie Negeri Dato’ Ibrahim Deris, Timbalan Mufti Dato’ Nik Abdul Kadir Nik Mohamad, Pengarah JAHEAIK, Dr Hasnan Ramli, Pengerusi Pertubuhan Akademi al-Quran Bandaraya Islam, Syeikh Hesham Abdel Bary Mohamed Rageh.

Kelas berkenaan dikendalikan Pusat Taranum al-Quran Negeri Kelantan. Jumlah pelajar seramai 31 orang berusia antara tujuh hingga 13 tahun.

Manakala 28 peserta dewasa menyertai Kelas Talaqqi al-Quran bersanad melalui riwayat Hafs dan Syu’bah ‘an ‘Asim.

Program terbabit juga menjadi medan pertemuan tokoh-tokoh al-Quran negeri dan antarabangsa yang berkongsi visi dalam memperkasa institusi pendidikan Islam di Kelantan.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook