Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 Pengalaman Muhyiddin bantu PN hadapi PRU-16
Nasionalutama

Pengalaman Muhyiddin bantu PN hadapi PRU-16

Oleh: SALMAH MAT HUSAIN


KOTA BHARU: Pengalaman Tan Sri Muhyiddin mengemudikan Bersatu begitu penting untuk memastikan kestabilan dan kekuatan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).

Pengerusi Badan Pimpinan Bersatu Kelantan, Dato’ Kamarudin Md Nor berkata, bekas perdana menteri itu merupakan pengasas Bersatu dan konsisten mengutamakan kepentingan rakyat dalam setiap dasar diputuskan.

“Tan Sri Muhyiddin membawa harapan, pengalaman dan keberanian politik yang amat diperlukan negara ketika ini.

“Bersatu Kelantan komited untuk terus mara dan mempersiapkan parti demi membawa perubahan kepada rakyat dan negara,” katanya di sini.

Baru-baru ini Bersatu Port Dickson meluluskan usul mencadangkan peralihan kepimpinan nasional di mana Dato’ Seri Hamzah Zainudin menggantikan Muhyiddin.

Manakala Muhyiddin dicadangkan sebagai penasihat dan mentor Bersatu.

Bagaimanapun pemilihan Bersatu pada Oktober depan Muhyiddin dan timbalannya, Hamzah masing-masing tidak dicabar.

Kamarudin yang juga anggota Exco Kerajaan Negeri berkata, Bersatu Kelantan mengambil pendirian menyokong penuh kepimpinan Muhyiddin sebagai presiden.



Kata beliau semangat kesetiaan, perpaduan dalaman dan keyakinan kepada pucuk pimpinan merupakan asas penting bagi memastikan misi dan perjuangan parti berjalan lancar.

“Bersatu Kelantan menzahirkan sokongan mutlak kepada Tan Sri Muhyiddin dan terus diberi mandat mengetuai PN serta dinamakan sebagai calon perdana menteri bagi PRU akan datang,” tambahnya.

Menurutnya juga Bersatu Kelantan kini dalam fasa konsolidasi dengan mengadakan latihan bagi menghadapi PRU-16. 

“Bersatu juga berusaha memperkukuh jentera parti melalui penyusunan kepimpinan, pelaksanaan program latihan untuk petugas serta pengukuhan akar umbi menerusi pendekatan turun padang,” ujarnya.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook