Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Penjawat awam perlu bersikap reformis, tangkas pacu transformasi – SUK Kelantan
utama

Penjawat awam perlu bersikap reformis, tangkas pacu transformasi – SUK Kelantan


Oleh: Norzana Razaly

KOTA DARULNAIM, 8 Julai – Penjawat awam diseru agar terus tangkas memacu transformasi perkhidmatan dengan sikap reformis dan nilai integriti tinggi selaras dengan tema Kompetensi Unggul, Perkhidmatan Cemerlang yang dipilih sempena Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2024.

Sehubungan itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan YBM Tengku Kaya Perkasa Dato’ Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Al-Haj Tengku Feissal menegaskan, tema tersebut amat bertepatan dengan tuntutan semasa yang memerlukan penjawat awam bukan sahaja cekap secara teknikal, tetapi juga bijaksana dalam membuat keputusan, tangkas menghadapi cabaran, serta menjunjung tinggi nilai amanah dan akauntabiliti.

“Kita tidak boleh menafikan wujudnya persepsi dan stigma terhadap prestasi pentadbiran awam. Maka, pembudayaan reformasi menyeluruh perlu digerakkan dengan lebih berani dan progresif. Prinsip ‘Betulkan yang biasa, biasakan yang betul’ wajib menjadi pegangan di setiap lapisan organisasi,” katanya dalam majlis tersebut di Dewan Teratai, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan, hari ini.

Beliau turut menekankan bahawa sebarang proses dan peraturan yang tidak lagi relevan mesti dikaji semula agar lebih mesra rakyat dan responsif kepada cabaran semasa.


“Dalam era pasca-normal yang dipacu oleh kecerdasan buatan (AI), automasi dan teknologi disruptif, kita mesti meninggalkan kaedah lama dan mencipta pendekatan baharu yang tangkas, inklusif dan berpaksi rakyat,” ujarnya.

Tambah beliau, rakyat tidak menilai kehebatan pentadbiran semata-mata melalui kertas dasar, tetapi melalui pengalaman sebenar semasa mendapatkan perkhidmatan – sama ada di kaunter, dalam talian atau secara langsung.

“Setiap jabatan harus menilai semula titik sentuh dengan rakyat dan memperbaiki pengalaman perkhidmatan secara menyeluruh agar lebih mesra, telus dan efisien,” tegasnya.

Beliau turut mengingatkan bahawa penjawat awam adalah nadi pembaharuan yang mempengaruhi kejayaan sesuatu perubahan.

“Jadilah agen perubahan - reformis yang berani, progresif dan sentiasa dahagakan kecemerlangan. Warisan kita bukan pada pangkat, tetapi pada nilai dan legasi khidmat yang ditinggalkan,” katanya lagi.

Tambahnya, penjawat awam bukan sekadar pelaksana dasar, sebaliknya adalah wajah kepada kerajaan negeri yang membawa agenda Islam, kesejahteraan dan nilai sejagat.

“Maka, tingkah laku, etika dan tutur kata kita menjadi cerminan kepada kerajaan yang kita wakili. Jadilah penjawat awam yang memperlihatkan keindahan adab, kesungguhan dan kesantunan dalam setiap tugasan,” pesannya.


Dalam majlis tersebut, turut dilancarkan dua naskhah buku terbitan Pengurusan Sumber Manusia iaitu Pelan Operasi Latihan (POL) Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan 2025-2030 dan Pengurusan Tatatertib Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan sebagai panduan memacu kecemerlangan pentadbiran negeri.

Seramai 195 penjawat awam diraikan sebagai penerima APC 2024 dan kemuncaknya diserikan dengan penyampaian Anugerah Perdana Perkhidmatan Cemerlang (APPC) 2024 kepada Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri Kelantan Dato’ Ab Pattah Hasbullah dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEIK) Dr. Hasnan Ramli.

Kedua-duanya menerima insentif berjumlah RM2,000, sijil dan plak sebagai penghargaan atas sumbangan cemerlang mereka dalam bidang kerjaya rasmi, sumbangan kemasyarakatan, kebudayaan dan sukan yang mengharumkan nama organisasi, negeri dan negara.




MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook