Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Prinsip Islam jadi panduan dasar negara - PUM

Prinsip Islam jadi panduan dasar negara - PUM



ASLANI M

KEMAMAN: Persatuan Ulama Malaysia (PUM) turut berhadapan dengan perkembangan pemikiran progresif dalam kalangan pihak yang memperjuangkan interpretasi Islam liberal dan sesuai dengan perkembangan zaman. 


Yang Di-Pertua PUM Dato’ Wan Muhamad Syeikh Abd Aziz berkata, pemikiran kumpulan terbabit sering kali bertentangan dengan ajaran tradisional Islam yang lebih ketat dan terikat dengan syariah. 


Bagaimanapun katanya PUM perlu mengambil pendekatan yang berhati-hati dalam mengawal dan menanggapi pemikiran tersebut tanpa menimbulkan perpecahan umat Islam. 


“Pluralisme agama yang menyarankan kesetaraan antara semua agama juga menjadi cabaran. 


“PUM berpendapat ajaran Islam adalah agama yang lengkap dan benar dan tidak ada agama lain yang sebanding dengannya. 


“PUM perlu menegaskan pendirian ini dalam menghadapi usaha-usaha untuk mengubah atau meredakan kedudukan Islam dalam masyarakat majmuk di Malaysia,” katanya ketika membentang kertas kerja pada Konvensyen Profesionalisme Cendekiawan Umarak Terengganu baru-baru ini.


Turut membentang kertas kerja Prof Dato’ Muhammad Abu Bakar dari Universiti Malaya bertajuk ‘Kebangkitan Ulama dan Kehidupan Keagamaan di Terengganu. 


Manakala, Berhanundin Abdullah dari UniSZA mengupas tajuk ‘Profesional Cendekiawan Dalam Pendidikan: Cabaran Masa Kini Pendidikan Rakyat Terengganu.’


Wan Muhamad juga berkata, PUM memainkan peranan yang tidak ternilai dalam usaha menyatukan ulama, memberikan platform untuk perbincangan ilmiah dan menjadi suara kolektif memperjuang ajaran Islam dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat. 


Menurutnya usaha itu dilaksanakan melalui aktiviti pendidikan, dakwah dan advokasi.



“PUM berusaha untuk memastikan ajaran Islam terus relevan dalam menghadapi cabaran zaman moden, serta memastikan prinsip-prinsip Islam tetap menjadi panduan dalam dasar-dasar negara. 


“Namun, dalam perjalanan ini PUM tidak terlepas daripada cabaran yang datang daripada faktor-faktor dalaman dan luaran,” katanya.  


Kata beliau cabaran dalaman termasuk kepimpinan yang berkesan dan penglibatan ulama muda.


Manakala cabaran luaran seperti pengaruh sekularisme, liberalisme dan teknologi digital yang memerlukan PUM beradaptasi dan bertindak dengan bijaksana. 


Beliau juga berkata, isu mempolitikkan agama dan kekurangan dana serta sumber daya juga memberi kesan terhadap keberkesanan PUM dalam menjalankan peranan. 


Walau pun begitu katanya, PUM terus memainkan peranan dalam memperkasakan perjuangan ulama di Malaysia dengan komitmen yang teguh untuk mempertahankan ajaran Islam yang sahih, memelihara kesatuan umat dan memberi panduan kepada masyarakat. 


Menurutnya PUM perlu terus memperkukuh organisasi, memperluaskan penglibatan generasi ulama muda, serta memanfaatkan kemajuan teknologi dan media sosial dengan bijak. 


“Dengan menangani cabaran-cabaran ini secara proaktif, PUM akan terus menjadi wadah utama dalam memperjuangkan kepentingan umat Islam di Malaysia dan dunia,” tambahnya.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook