Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Program DKBIN anjuran U-BeS terima sambutan luar jangka
utama

Program DKBIN anjuran U-BeS terima sambutan luar jangka


Oleh: Asri Hamat

KOTA DARULNAIM, 16 Julai – Program Diploma Kejurulatihan Bina Insan Negara (DKBIN) anjuran Urus Setia Belia dan Sukan (U-BeS) dengan kerjasama TVETec Malaysia di bawah kelolaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerima sambutan luar jangka daripada golongan belia di Kelantan.

Exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat Negeri Kelantan YB Zamakhshari Muhammad berkata, pihaknya pada awalnya hanya menyasarkan penyertaan sekitar 30 orang sahaja, namun jumlah tersebut telah meningkat kepada 50 peserta.

“Alhamdulillah, kita tidak menyangka program ini mendapat sambutan yang begitu menggalakkan. Ada peserta yang sudah pun memiliki ijazah, tetapi tetap menyertai program ini kerana semangat untuk terus belajar dan meningkatkan kompetensi diri.

Ada juga yang baru mendapat peluang untuk menyambung pengajian ke peringkat diploma,” katanya menerusi catatan di media sosial, pada Selasa.


Jelasnya, program DKBIN berkenaan dilihat mampu menjadi nilai tambah di dalam profil dan ‘resume’ para peserta, khususnya dalam meningkatkan kebolehpasaran mereka di pasaran kerja.

"Peserta turut diberikan pendedahan kepada Modul Asas Budaya Komuniti Rabbani (K-Rabb) yang dikendalikan oleh Institut Latihan Darul Naim (ILDAN), sebagai satu pendekatan holistik dalam pembangunan sahsiah dan kemahiran sosial.

“Ini adalah antara usaha berimpak tinggi Kerajaan Negeri Kelantan dalam memastikan lebih ramai anak muda negeri ini berkemahiran serta berdaya saing dalam bidang pembangunan insan, pendidikan tidak formal, motivasi dan latihan,” jelas beliau.

Sebelum itu, peserta dikehendaki menyertai program intensif selama empat hari dari 10 hingga 13 Julai lalu di Dewan Seminar, Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan (PPAK).


Seminar tersebut dibimbing oleh tenaga pengajar profesional dan akan meneruskan pengajian berstruktur selama tiga bulan sebelum dianugerahkan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) yang diiktiraf kerajaan.

Majlis perasmian penutup program intensif tersebut disempurnakan oleh Timbalan Pengarah U-BeS Mohd Firdaus Mohamed Nawi.



MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook