Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Rakyat tidak mudah diperdaya gimik murahan

Rakyat tidak mudah diperdaya gimik murahan

SALMAH MAT HUSAIN

KOTA BHARU: Usaha parti komponen Pakatan Harapan (PH) menyiarkan kembali gambar lama Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyerah cek kepada sebuah masjid di Tumpat tidak mampu menutup kemarahan rakyat.

Ketua Pemuda PAS Kelantan, Mohd Firdaus Mohamed Nawi berkata, tindakan menjaja semula gambar lama penyerahan replika cek bernilai RM7.76 juta tidak mampu menutup kelemahan kerajaan Madani.

Katanya gambar lama perdana menteri menyampaikan cek kepada sebuah masjid di Kelantan tidak mampu mereda kemarahan rakyat ekoran kenaikan kos sara hidup sekarang.

“Walau pun pemberian sumbangan kepada masjid dialu-alukan, namun rakyat tidak boleh diperbodohkan. Bolehkah cek besar menutup silap besar pemimpin.

“Pemberian bantuan merupakan satu amalan baik, namun tidak wajar dijadikan alat untuk menutup kelemahan pentadbiran kerajaan yang semakin membebankan rakyat,” katanya di sini.

Kajian Sun Life Asia menggambarkan 92 peratus rakyat Malaysia merasai kesan kenaikan harga barangan secara berterusan sekarang.

Selain itu, 43 peratus merasakan kesan yang ketara ke atas keupayaan rakyat untuk menampung perbelanjaan bulanan.

Mohd Firdaus berkata, rakyat sedang berdepan tekanan kos sara hidup yang meningkat berikutan penarikan subsidi serta cukai baharu yang membebankan.

“Rakyat sekarang semakin matang dan tidak mudah lagi diperdaya dengan gimik murahan,” katanya.
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook