Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 Solat Maghrib di stadium sebelum perlawanan bermula

Solat Maghrib di stadium sebelum perlawanan bermula

Oleh SALMAH MAT HUSAIN


KOTA BHARU: Kelainan dapat disaksikan di Kelantan apabila solat Maghrib diadakan di kawasan Stadium Sultan Muhammad IV sebelum sesuatu program bermula.

Adun Bunut Payong, Shaari Mat Yaman berkata, sebelum ini pernah tular penyokong The Red Warriors menunaikan solat Maghrib sebelum perlawanan dimulakan. 

Katanya, situasi seperti itu masih berlaku sehingga sekarang terutama ketika program besar dianjurkan di stadium.

“Inilah yang berlaku di Kelantan hasil penghayatan dasar Membangun Bersama Islam, rakyat boleh berhibur dan bersukan asalkan mematuhi syariat Islam,” katanya pada perlawanan final Liga Elit Dun (LED) Bunut Payong di Stadium Sultan Muhammad IV baru-baru ini.

Pada kejohanan itu Pasir Kota FC berjaya mempertahankan kejuaraan apabila menewaskan Lundang FC 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti.

Turut hadir Pengarah Pusat Khidmat Dun Bunut Payong Nasruddin Mahmud Muhaidin dan wakil Urus Setia Belia dan Sukan Nazrul Zakaria.


Shaari juga berkata, sambutan luar biasa orang ramai terhadap LED membuktikan sukan bola sepak tetap popular di Kelantan.

Sementara itu Pengurus Pasir Kota FC, Wan Hafiz Wan Yahya berkata, prestasi pasukan itu tetap cemerlang biar pun dua tonggak utama tidak dapat diturunkan pada malam tersebut.

“Terima kasih kepada Adun Bunut Payong di atas sokongan berterusan kepada program pembangunan anak muda,” katanya.

Jurulatih Pasir Kota FC, Zulkifli Husin pula berharap pemain meningkatkan mutu permainan serta menjaga kekuatan mental.

Beliau turut merakam ucapan tahniah kepada Lundang FC yang bermain dengan baik dengan memberi tentangan sengit sehingga mengheret kepada sepakan penalti.

Pasir Kota FC membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000, piala kejuaraan, piala iringan dan pingat, manakala naib juara, Lundang FC, menerima RM1,500.

Bunut Payong FC dan Batu 2 FC pula berkongsi tempat ketiga, masing-masing menerima wang tunai RM1,000.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook