Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Tumpu filem patuhi prinsip syariah
utama

Tumpu filem patuhi prinsip syariah

Oleh: SALMAH MAT HUSAIN

KOTA BHARU: Pembukaan pawagam di Kelantan bukan dianggap sebagai satu keutamaan kerana rakyat negeri itu masih memiliki akses luas untuk menikmati hiburan termasuk menonton filem di negeri-negeri jiran.

Naib Presiden PAS, Dato' Mohd Amar Abdullah, berkata rakyat Kelantan bukan sahaja celik hiburan bahkan mampu membuat pilihan secara matang tanpa perlu bergantung kepada kemudahan pawagam.

Katanya, ramai yang tidak melihat kewujudan panggung wayang sebagai satu keperluan mendesak.

"Malah, ada yang bersama keluarga ke Terengganu atau Kuala Lumpur untuk menonton filem di pawagam bertaraf lounge mewah. Itu bukan perkara luar biasa,” katanya pada hantaran di Facebooknya malam semalam.

Beliau turut menyamakan situasi itu seperti rakyat Kelantan yang melancong ke Thailand untuk membeli-belah, bercuti atau menikmati makanan.

Mohd Amar yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan berkata, isu pawagam kembali menjadi tumpuan apabila filem Mat Kilau mencetuskan fenomena luar biasa sebelum ini.

Namun, ada pihak sengaja meniup sentimen seolah-olah rakyat Kelantan dinafikan hak untuk menonton filem di pawagam, sedangkan hakikatnya ia tidak pernah menjadi tuntutan dalam kalangan rakyat.



Menurutnya, isu terbabit timbul menjelang pilihan raya dan dimanipulasi sebagai bahan politik oleh sesetengah pihak.

"Sekiranya benar ada usaha mahu mengangkat industri filem tanah air, tumpuan sepatutnya diberi kepada penghasilan karya yang berkualiti, mematuhi prinsip syariah dan sarat dengan nilai mendidik masyarakat.

“Filem seperti Mat Kilau tidak sepatutnya hanya muncul sekali dalam beberapa tahun. Kita perlu memenuhi layar dengan karya-karya yang mendidik, membina budaya serta mampu membentuk jati diri masyarakat,” ujarnya.
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook