Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 1,000 usahawan Ku Haraki berhimpun di Putrajaya
utama

1,000 usahawan Ku Haraki berhimpun di Putrajaya

KOTA BHARU: Seramai 1,000 usahawan Kelab Usahawan Haraki (Ku Haraki)  dari seluruh negara akan berhimpun di Putrajaya selama tiga hari bermula hari ini sempena sambutan satu dekad Ku Haraki Malaysia.

Program Himpunan 1,000 Usahawan (SERU25) bermula pagi ini melibatkan pameran B2B, agensi kerajaan dan perasmian SERU25 pada sebelah petang bertempat di ruang legar aras bawah Shaftsbury Putrajaya.

Manakala pada hari kedua diadakan konvensyen yang mengundang tetamu kehormat iaitu Tengku Dato’ Dr Hishammuddin Zaizi Tengku Azman Shah Al-Haj. Ia akan diadakan di Grand Hall Bizmilla Putrajaya.  

Ucaptama perasmian akan disempurnakan oleh Dr Mazlan Ahmad dan biz talk disampaikan bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Dato’ Dr Nik Zawawi Salleh.

Selain itu online biz pula menampilkan pengasas Ella Furniture Nur Laila Always dan pakar motivasi Dr Mazlan Ahmad.

Manakala slot usahawan berjaya mengetengahkan pengasas Naskeen Cofee Mohd Nazif Abd Aziz, Haji Khairul Anuar (Emas Anuar) dan Haji Mustaffa Othman (Jahhet Meat). Pengarah Ku Haraki Haji Shuhaimi Embong bertindak sebagai moderator.

Pada hari ketiga diadakan forum keusahawanan yang akan menampilkan Haji Mustaffa Othman, Haji Khunulanuar Mohamad Nor dan Mohd Nazif Abd Aziz. Dr Nik Zawawi bertindak sebagai moderator.

Selain itu diadakan tayangan montaj kejayaan Ku Haraki dan pelancaran laman kuharaki Malaysia serta promosi produk.

Acara kemuncak penyampaian anugerah usahawan yang akan disempunakan Tengku Dr Hishammuddin Zaizi. 

Acara terakhir akan menampilkan anggota Exco kerajaan Terengganu, Dato’ Ariffin Deraman; Exco Kelantan Mejar (B) Dato’ Md Anizam Ab Rahman dan Exco Kedah Dr Haim Hilman Abdullah.

Sementara itu Pengerusi Ku Haraki Kelantan Haji Samsuddin Mat Daud berkata, seramai 60 usahawan dari Kelantan akan menyertai Himpunan 1,000 Usahawan di Putrajaya.

Katanya, biar pun Ku Haraki baru diwujudkan di Kelantan di mana pihaknya menyasar 200 ahli yang terbabit dalam pelbagai bidang keusahawanan. 

Ku Haraki merupakan wadah utama pendukung perjuangan usahawan dan peniaga Islam Malaysia dan antarabangsa.

Misinya sebagai platform utama semua usahawan haraki bagi membina hubungan strategik dan jaringan usahawan Muslim di peringkat nasional dan antarabangsa.

Ku Haraki mewujudkan institusi Latihan keusahawanan dan instrumen pengumpulan dana serta kepakaran bagi memperkukuhkan usahawan haraki dengan menjuarai isu-isu ekonomi dan perniagaan.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook