Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

105 peserta terima sijil Kursus Asas Permata 2024
utama

105 peserta terima sijil Kursus Asas Permata 2024


Oleh: Asri Hamat
Kredit foto: Unit Media Exco dan U-Kekwa

KOTA BHARU, 18 Ogos - Seramai 105 daripada 120 peserta telah berjaya menamatkan kursus dan menerima sijil kursus Asas Permata (KAP) 2024.

Peserta tersebut telah menjalani kursus intensif selama 28 hari yang diadakan pada setiap hari Jumaat dan Sabtu, selama tiga bulan merangkumi 41 modul asas asuhan kanak-kanak.

Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita, YB Rohani Ibrahim dalam ucapan perasmiannya mengucapkan tahniah kepada pelatih yang telah berjaya menamatkan kursus tersebut.

Beliau turut menegaskan bahawa pekerjaan sebagai pengasuh merupakan satu pekerjaan yang sangat murni.

YB Rohani Ibrahim,
Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan

"Pekerjaan sebagai pengasuh merupakan satu pekerjaan yang mulia kerana kita memilih kerja untuk mengasuh manusia yang berusia satu minggu sampai berusia empat tahun. Inilah hebatnya mereka yang bekerja sebagai pengasuh.

"Para pengasuh hendaklah merasakan pekerjaan yang dikurniakan oleh Allah SWT ini, satu pekerjaan yang hebat dan jangan memperlekehkannya. Ini kerana pekerjaan ini dapat membentuk manusia daripada tidak tahu apa-apa kepada tahu."

Demikian menurut beliau ketika berucap merasmikan Majlis Graduasi KAP 2024 di Dewan Yayasan Islam Kelantan (YIK), Tunjong, di sini pada Sabtu.

Beliau turut menjelaskan bahawa untuk menjadi seorang pengasuh mestilah mempunyai ilmu agar anak-anak asuhan membesar dan membangun mengikut fasa-fasa yang ditetapkan.

Mas Rozita Mas Mohamad,
Timbalan Pengarah Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita (U-Kekwa)

"Kita mahu anak-anak di bawah jagaan kita menjadi anak yang berkembang mengikut proses yang ditetapkan dan menjadi anak yang baik. Oleh itu para pengasuh mesti mempelajari ilmu asas pendidikan anak-anak," jelas beliau.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita (U-Kekwa), Mas Rozita Mas Mohamad berkata, program KAP merupakan satu inisiatif Kerajaan Negeri Kelantan untuk melengkapkan ilmu pendidikan awal kanak-kanak kepada para pengasuh sama ada di Taska atau di rumah.

"Bagi tahun 2025, kerajaan negeri memberi fokus kepada pengasuh di rumah apabila menaja seramai 40 orang pengasuh untuk KAP," katanya ketika memberi ucapan aluan dalam majlis tersebut.

Nur Faqihah Amni Jusoh dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik KAP 2024

Untuk rekod, seramai 188 pengasuh berdaftar di Kelantan dan seramai 120 orang menyertai KAP. Para peserta dipilih dari institusi Taska dan Taska di tempat kerja di seluruh Kelantan. Manakala, tempat latihan pula diadakan di Kota Bharu dan Gua Musang.

Dalam majlis tersebut Nur Faqihah Amni Jusoh dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik KAP 2024 yang menerima 1/8 dinar emas, sijil anugerah pelajar terbaik, sijil kursus asuhan dan didikan Permata, sijil penyertaan Kursus Asas Permata, hamper Bio Tajmeel dan sejambak bunga.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah, Timbalan Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita, YB Nor Asilah Mohamed Zin, Ahli Parlimen Rantau Panjang, YB Dato' Zailah Mohd Yusof dan Ahli Parlimen Tumpat, YB Dato' Mumtaz Md Nawi.
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook