Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 Madrasah al-Ahmadiah jadi pilihan masyarakat Islam

Madrasah al-Ahmadiah jadi pilihan masyarakat Islam

ASLANI M

NARATHIWAT: Madrasah al-Ahmadiah al-Islamiah, Kampung Sela Anak Ayam Narathiwat menjadi pilihan masyarakat Islam di sini menghantar anak mereka bagi mendapat pendidikan dalam bidang agama dan akademik.

Sekolah tersebut yang ditadbir secara persendirian mempunyai lebih 800 pelajar. Kelas pengajian bermula jam 8 pagi dan pulang selepas menunaikan solat Asar.

Sebuah balai agak besar dijadikan surau tempat pelajar menunaikan solat Zohor dan Asar. Ada pelajar yang datang ke sekolah dengan motosikal dan menaiki van khas.

Pelajar lelaki memakai baju kameja warna putih dan seluar panjang warna hijau, manakala pelajar perempuan bertelekung labuh putih dan sarung biru. 

Bangunan kelas ada setingkat dan tiga tingkat. Dinding bilik darjah dicat warna hijau dan tiang pula biru muda. 


Sekolah terbabit seumpama kampus terletak di laluan utama menghubungkan antara pekan di Narathiwat.

Lebih istimewa lagi Madrasah al-Ahmadiah al-Islamiah terdapat Muzium al-Quran yang diasaskan Ustaz Muhammad Lutfi Ahmad Samae. 

Muzium al-Quran terletak di aras bawah bangunan tiga tingkat yang dibina hasil pembiayaan penyumbang dari Malaysia. 

Ruang bilik di aras bawah menempatkan muzium tersebut atau lebih dikenali sebagai Pusat Manuskrip Madrasah al-Ahmadiah al-Islamiah. 


Manakala di bahagian belakang ada ruang café dan galeri jualan produk keluaran madrasah tersebut.

Pengunjung berpeluang membeli cenderahati berupa replika keris dan naskhah kecil al Quran yang dibuat daripada kayu. Madrasah tersebut juga mengeluarkan minyak urut dan herba.

Beberapa buku berkaitan Pusat Manuskrip tersebut dijual kepada pengunjung yang berminat.


Chalet 

Muhammad Lutfi berkata, pihaknya sedang membangunkan beberapa chalet yang terletak berhampiran bangunan baharu Muziam al-Quran bagi membolehkan pengunjung bermalam.

Katanya, chalet tersebut dibina menggunakan kayu keras dengan mengetengahkan senireka Melayu tradisional.

“Tukang kayu tempatan yang mahir dalam senibina Melayu lama diupah bagi menyiapkan chalet tersebut.


“Pengunjung yang datang dari jauh termasuk Malaysia boleh bermalam di sini tidak lama lagi bagi memudahkan mereka melawat Muzium al-Quran,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Di lokasi berdekatan juga digali kolam berbentuk bulat dan daratan di bahagian tengah akan dibina semula istana Raja Legeh yang dianggar membabitkan kos kira-kira 1 juta Baht. 

Lutfi berkata, bangunan lama Istana Raja Legeh setinggi dua tingkat kini berada di lot milik penduduk bukan bukan Melayu di bandar Narathiwat.

“Kami akan membayar sisa-sisa istana lama yang ada di situ untuk dibina semula di Madrasah al-Ahmadiah al-Islamiah,” katanya.

Ustaz Muhammad Lutfi Ahmad Samae

Menurutnya juga pengurusan Muzium al-Quran dan madrasah turut mendapat bantuan daripada kerajaan Thailand.

Bangunan baharu muzium yang terdapat di situ dibina kerajaan Siam membabitkan kos kira-kira 224 juta Baht kini sudah siap sepenuhnya.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook