Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Baca al-Quran, raih syafaat dan panduan hidup – MB Kelantan

Baca al-Quran, raih syafaat dan panduan hidup – MB Kelantan

Menteri Besar Kelantan YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Haji Mohd Nassuruddin Daud

Oleh: Norzana Razaly 

KOTA DARULNAIM, 14 Ogos – “Bacalah al-Quran kerana ia akan datang memberi syafaat (pertolongan) pada hari kiamat.” 

Demikian pesan Menteri Besar Kelantan YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Haji Mohd Nassuruddin Daud melalui petikan kalamullah ketika merasmikan Program Satu Jam Bersama al-Quran Peringkat Negeri Kelantan 2025 di Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darulnaim, hari ini.

Beliau menegaskan bahawa al-Quran bukan sekadar perlu dibaca, tetapi mesti dipelajari dengan guru yang bertauliah bagi mengelakkan kesalahan bacaan yang boleh mengundang laknat. 

Mengambil teladan Rasulullah SAW yang berguru dengan malaikat Jibril, beliau mengingatkan bahawa budaya masyarakat Kelantan yang gemar belajar qiraati wajar diteruskan, tanpa mengira usia.

“Patut malu jika kita membaca al-Quran tidak dengan betul. Kita dituntut membaca al-Quran dengan penuh keberkatan secara bertadabbur, supaya maknanya difahami dan dijadikan panduan hidup,” ujarnya. 

Tambahnya, kemudahan teknologi moden membolehkan umat Islam mengakses terjemahan dalam pelbagai bahasa untuk memperdalam pemahaman.

Menurutnya lagi, membaca al-Quran membentuk peribadi yang baik. 

"Iman seseorang akan tercemar jika menghalalkan perkara yang diharamkan oleh al-Quran. 

“Satu huruf al-Quran ganjarannya satu kebajikan,” jelasnya.

Beliau turut mengingatkan bahawa al-Quran adalah penawar penyakit rohani dan jasmani, serta menjadi panduan membezakan antara kebaikan dan keburukan. 

Dato' Mohd Nassuruddin juga menyeru umat Islam agar menolak kejahatan dengan cara yang lebih baik, sebagaimana arahan Allah SWT, walaupun naluri manusia cenderung membalas perbuatan orang.

Majlis kelolaan Bahagian Pengurusan Korporat SUK itu turut menyaksikan sesi tadarus Surah al-Baqarah ayat 30–37 secara beramai-ramai yang diketuai Menteri Besar Kelantan sendiri. 


Disusuli sesi tadabbur disampaikan oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Dr. Tuan Mohd Sapuan Tuan Ismail. 


Kemuncaknya, Menteri Besar Kelantan membaca surah al-`Alaq ayat 1 hingga 5 sebagai ketandaan rasmi pelancaran logo UMI. 

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan YBM Tengku Kaya Perkasa Dato' Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Al-Haj Tengku Feissal dan Speaker Dewan Negeri Kelantan YB Dato' Seri Amar D'Raja Dato' Dr. Mohd Amar Abdullah.



MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook Threads