Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Bebas daripada nafsu adalah kemerdekaan hakiki – Dato' Abdul Rahman
utama

Bebas daripada nafsu adalah kemerdekaan hakiki – Dato' Abdul Rahman


Oleh: Asri Hamat

KOTA BHARU, 28 Ogos – Kemerdekaan sebenar bukan sekadar bebas daripada penjajahan fizikal, tetapi yang lebih utama ialah kebebasan daripada cengkaman penjajahan hawa nafsu dalam diri, tegas Timbalan Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar YB Dato’ Abdul Rahman Yunus.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Penghayatan Kemerdekaan ke-68 peringkat Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) yang diadakan di Dataran Bandaraya di sini, malam tadi.

Menurut beliau, penghayatan terhadap kemerdekaan merupakan tanda kesyukuran kepada Allah SWT yang telah mengurniakan nikmat keamanan dan kebebasan kepada rakyat Malaysia.

“Marilah kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurnia-Nya, kita dapat berhimpun dalam majlis penuh bermakna ini bagi menghayati erti kemerdekaan ke-68," katanya.

YB Dato’ Abdul Rahman Yunus,
Timbalan Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Kelantan

Tambah beliau, sambutan kemerdekaan wajar diisi dengan pengisian rohani dan nilai-nilai agama agar ia membawa keberkatan serta memberi makna mendalam kepada masyarakat.

"Kemerdekaan yang dikecapi hari ini tidak datang dengan mudah. Ia lahir daripada titisan darah, keringat dan air mata para pejuang terdahulu. Namun lebih daripada itu, kemerdekaan hakiki ialah apabila kita berjaya membebaskan diri daripada kezaliman penjajahan hawa nafsu dan kembali tunduk kepada Allah SWT,” katanya lagi.

Dato’ Abdul Rahman turut menekankan bahawa gagasan "Membangun Bersama Islam" yang menjadi dasar pentadbiran negeri bermaksud menjadikan al-Quran dan Sunnah sebagai asas dalam semua aspek kehidupan termasuk pentadbiran, pendidikan dan ekonomi.

"Inilah jaminan sebenar agar kemerdekaan yang dikecapi kekal diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT,” ujarnya.



Program sambutan tersebut diserikan dengan pelbagai acara menarik seperti persembahan deklamasi lakonan (dekon) oleh Abdul Hadi Yusof, kuiz kemerdekaan, cabutan bertuah, persembahan dikir barat moden oleh Kumpulan Dikir Barat Ayoyo dari Kampung Lubok Pukul, Binjai serta deklamasi sajak antara kaum yang mencerminkan keharmonian masyarakat Malaysia selepas kemerdekaan.

Turut hadir, Yang Dipertua MPKB-BRI Azi Rahimee Mohamed, Ketua Whip Ahli Majlis MPKB-BRI Muhammad Munib Assyakirin Zakaria serta Ahli-Ahli Majlis MPKB-BRI.
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook