Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

DDII terus perkukuh peranan dakwah, pendidikan di Indonesia – MB Kelantan
utama

DDII terus perkukuh peranan dakwah, pendidikan di Indonesia – MB Kelantan


Oleh: Asri Hamat
Kredit foto: Unit Media Menteri Besar

KOTA DARULNAIM, 26 Ogos – Menjelang ulang tahun ke-54 penubuhannya, Dewan Da’wah Islamiyah Indonesia (DDII) terus memperkukuh peranannya sebagai institusi penting dalam bidang dakwah dan pendidikan di Indonesia dengan fokus utamanya kepada tiga tonggak dakwah iaitu pesantren, masjid dan kampus.

Menteri Besar Kelantan YAB Dato' Panglima Perang Ustaz Dato' Mohd Nassuruddin Daud berkata, DDII berperanan besar dalam memperteguh aqidah dan syariah Islam, menjalin ukhuwah sesama umat Islam serta meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui pelbagai program dakwah, pendidikan dan kegiatan sosial.

“Organisasi ini bertujuan menyebarkan ajaran Islam yang bersumber daripada al-Qur’an dan as-Sunnah, melatih para da’ie, membina jatidiri umat serta menjalin kerjasama dengan pelbagai pihak demi kemaslahatan umat dan bangsa Indonesia,” katanya menerusi satu hantaran di media sosialnya pada Isnin.

Dalam kunjungan kerja rasmi ke Jakarta bermula Khamis lepas, Menteri Besar turut mengadakan pertemuan mahabbah bersama Ketua Umum Dewan Da’wah Dr. Adian Husaini.


Pertemuan itu menjadi medan bertukar pandangan dan memperkukuh elemen penyatuan ummah di rantau Nusantara.

“Malaysia dan Indonesia adalah negara serumpun yang berkongsi banyak persamaan dari segi budaya, sejarah, bahasa, agama dan keturunan.

Justeru, ukhuwah dan kerjasama antara kedua-dua negara perlu terus dieratkan dengan penuh mahabbah dan semangat persaudaraan, khususnya antara Kelantan dan Indonesia,” ujarnya.

Sempena lawatan tersebut, beliau turut menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Al-Furqan, Jakarta.

Dato' Mohd Nassuruddin menyifatkan pengalaman itu sebagai suatu peringatan akan amanah besar kepimpinan yang bukan sekadar urusan duniawi, bahkan membawa mesej keimanan dan ketakwaan.


Selain itu, Menteri Besar juga berkesempatan melawat syarikat milik anak Kelantan Jaxer Group Indonesia, yang kini giat melakar nama dalam bidang teknologi keselamatan pelajar dan inovasi pendidikan di Indonesia.

Lawatan tersebut sekali gus menzahirkan penghargaan terhadap pencapaian rakyat Kelantan di perantauan yang membawa perubahan positif dalam sistem pendidikan negara jiran itu.
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook