Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Dua beranak jaguh Sayembara Deklamasi Puisi Sains dan Teknologi Kelantan 2025
utama

Dua beranak jaguh Sayembara Deklamasi Puisi Sains dan Teknologi Kelantan 2025

Nik Hashima Ismail, Juara Kategori Terbuka

Oleh: Norzana Razaly 

KOTA BHARU, 25 Ogos – Kejayaan luar biasa tercatat dalam Sayembara Deklamasi Puisi Sains dan Teknologi peringkat negeri Kelantan apabila dua beranak, Nik Hashima Ismail dan anak lelakinya, Putera Indera Haqiqi Mohd Farizuan muncul juara dalam kategori masing-masing.

Nik Hashima menjuarai Kategori Terbuka dengan hadiah wang tunai RM600, manakala Putera Indera Haqiqi yang mewakili SK Sultan Ismail 1 mengungguli Kategori Sekolah Rendah sekali gus membawa pulang RM250.

Putera Indera Haqiqi Mohd Farizuan, Juara Kategori Sekolah Rendah

Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur (DBPWT) Ariza Che Ismail menyifatkan pencapaian dua beranak itu sebagai bukti bahawa seni deklamasi mampu dipupuk dalam kalangan keluarga.

“Kelantan memang lubuk anak seni pelbagai genre. Bakat yang mengalir boleh diwarisi. Oleh itu, kita mahu lebih ramai penglibatan keluarga dalam sastera lisan dan tulisan, selain melatih anak-anak dalam bidang orator dan seni pentas,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambahnya, Hadiah Khas Juri Awam turut diperkenalkan bagi peserta yang meraih jumlah perkongsian tertinggi di media sosial dengan hadiah RM100 setiap kategori.



Penerimanya ialah Lau Lina Lian (Kategori Terbuka), Vylove Khoo Wen Ai dari SMJK Chung Hwa (Kategori Sekolah Menengah) dan Nur Balqis Azhar dari SJKC Peir Chih (Kategori Sekolah Rendah).

Nur Adni Qaisara Tuan Nazir dari SMK Dato’ Perdana Bachok pula dinobatkan sebagai juara Kategori Sekolah Menengah dengan hadiah RM400.

Mengulas lanjut, Ariza berkata, penganjuran kali ini menampilkan tema sains dan teknologi berbanding Bulan Bahasa Kebangsaan pada tahun-tahun sebelumnya. 

Menurutnya, perubahan tema itu penting bagi membuktikan bahawa bahasa kebangsaan berupaya menjadi wahana ilmu moden.

“Langkah ini bukan sahaja menyuburkan penyertaan pelbagai peringkat umur, tetapi juga mengiktiraf bakat sastera dalam domain sains dan teknologi.

“Tema baharu ini menunjukkan kemampuan Bahasa Malaysia diterjemah ke arena inovasi tanpa mengabaikan keindahan sastera,” ujarnya. 

Sementara itu, Ketua 1 Gabungan Penulis-penulis Muda Negeri Kelantan (GEMA), Zainal Abidin Muhamad pula memaklumkan bahawa peserta diwajibkan memuat naik video deklamasi melalui Facebook sebagai saringan awal sebelum ke peringkat akhir bersemuka.

“Sayembara tahun ini mencatat penyertaan tertinggi sejak 2001 dengan 223 peserta, termasuk 150 peserta dari kategori sekolah rendah. Sepuluh peserta terbaik setiap kategori dipilih ke peringkat akhir, ” katanya. 

Perserta program anjuran DBPWT dan GEMA dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan (PPAK), Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Pejabat Pendidikan Daerah serta sekolah-sekolah di seluruh negeri itu berlangsung di PPAK pada Sabtu. 

peserta dinilai oleh tiga juri terdiri daripada Setiausaha 1 GEMA Mohd Zizee Setapa selaku ketua juri, bersama dua deklamator kebangsaan Norzailani Mohd Nuzi dan Abdul Hadi Yusoff.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook