Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

E-Tuisyen Rakyat Sejahtera pastikan tiada pelajar Kelantan tercicir
utama

E-Tuisyen Rakyat Sejahtera pastikan tiada pelajar Kelantan tercicir

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi YB Dato’ Wan Roslan Wan Hamat

Oleh: Norzana Razaly

KOTA BHARU, 28 Ogos – Kerajaan Negeri Kelantan bertekad dalam memastikan setiap pelajar, termasuk di kawasan luar bandar dan pedalaman tidak tercicir daripada mendapat pendidikan berkualiti melalui pelaksanaan Program E-Tuisyen Rakyat Sejahtera Kelantan 2025.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi YB Dato’ Wan Roslan Wan Hamat berkata program berasaskan digital itu merupakan inisiatif di bawah Projek Sekolah Digital yang selaras dengan halatuju portfolio pendidikan negeri.

“Kerajaan negeri menyedari kepentingan teknologi maklumat dalam memperluas capaian pendidikan.

"Justeru, Program E-Tuisyen Rakyat Sejahtera diperkenalkan agar tiada seorang pun pelajar kita ketinggalan daripada mendapat akses pembelajaran berkualiti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan alu-aluan sempena Majlis Pelancaran Program E-Tuisyen Rakyat Sejahtera Kelantan 2025 di Kelantan Trade Centre (KTC), di sini, hari ini.

Menurutnya, program berkenaan merupakan kesinambungan daripada keberhasilan Tuisyen Rakyat Sejahtera yang dilancarkan oleh Menteri Besar Kelantan YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud, tahun lalu.


"Jika sebelum ini, hanya tertumpu kepada empat mata pelajaran teras, pelaksanaan kali ini lebih meluas dengan meliputi semua subjek Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melalui pembelajaran digital sepenuhnya.

“Melalui platform yang dibangunkan bersama Kelantan ICT Gateway Sdn. Bhd. (KIGSB) dan Telekom Malaysia (TM), pelajar dapat mengikuti kelas atas talian bersama guru bertauliah. Yayasan Islam Kelantan (YIK) pula mengendalikan aspek pengurusan dan laporan program,” jelasnya.

Bagi fasa pertama, program itu menyasarkan 1,896 pelajar Tingkatan 5 daripada 52 buah sekolah menengah YIK yang mempunyai capaian internet dan peranti.

Setiap pelajar dibekalkan ID khas untuk mengakses kelas mengikut topik serta rakaman video pengajaran dan bahan latihan atas talian.

Dato’ Wan Roslan turut menegaskan bahawa pendidikan sentiasa menjadi teras utama kerajaan negeri sejak zaman pemerintahan Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Pada tahun ini sahaja, kerajaan negeri memperuntukkan RM15,000 bagi setiap DUN untuk Program Tuisyen Rakyat Sejahtera dengan jumlah keseluruhan RM675,000, memberi manfaat kepada 2,700 pelajar di seluruh Kelantan.



"Manakala untuk Program E-Tuisyen Rakyat Sejahtera, RM97,200 diperuntukkan khusus bagi menyediakan akses pembelajaran digital,” katanya.

Tambahnya, usaha berterusan itu adalah sebahagian daripada jihad pendidikan kerajaan negeri dalam melahirkan generasi muda yang bukan sahaja cemerlang akademik, tetapi juga berakhlak mulia dan berjati diri Muslim sejati.

“Rasulullah SAW bersabda, ‘Barang siapa yang melalui satu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah permudahkan baginya jalan ke syurga.’ Hadis ini menjadi dorongan bahawa pendidikan ialah asas kekuatan umat,” ujarnya.
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook