Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Festival Kayuhan Basikal Tua, perkhemahan Gunung Reng tarik peminat vintaj antarabangsa
utama

Festival Kayuhan Basikal Tua, perkhemahan Gunung Reng tarik peminat vintaj antarabangsa



Oleh Norzana Razaly

JELI, 5 Ogos - Gabungan aktiviti berbasikal klasik dan perkhemahan dalam suasana alam semula jadi Gunung Reng berjaya mencipta kelainan tersendiri menerusi Festival Kayuhan & Khemah Basikal Tua 2025, yang menghimpunkan ratusan peminat basikal vintaj dari seluruh negara dan luar negara.

Program berkonsepkan pelancongan warisan berasaskan komuniti dan minat (niche tourism) tersebut merupakan inisiatif Kelab Pemilik Basikal Tua Kelantan dengan kerjasama Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC) Kelantan dan Majlis Daerah Jeli (MDJ).

Menurut Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri YB Datuk Kamarudin Md Nor, festival berkenaan merupakan aktiviti santai yang berpotensi tinggi sebagai produk pelancongan alternatif yang mengangkat identiti tempatan.


“Gabungan elemen kayuhan, perkhemahan serta keindahan semula jadi Gunung Reng memberi pengalaman unik kepada pengunjung. Ia bukan sahaja meraikan warisan pengangkutan tradisi, tetapi juga memupuk hubungan komuniti dan gaya hidup sihat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Datuk Kamarudin pada Isnin. Beliau turut menyatakan penghargaan kepada pihak penganjur atas inisiatif memperkenalkan Jeli sebagai destinasi pelancongan berasaskan warisan dan alam.

Festival tersebut menjadi medan setiakawan di antara penggiat basikal tua dari pelbagai negeri yang hadir lengkap dengan basikal vintaj yang dijaga rapi, menampilkan elemen nostalgia dan kecintaan terhadap seni rekaan klasik era silam.




“Ini bukti bahawa warisan bukan sekadar untuk dikenang, tetapi boleh diangkat sebagai gaya hidup dan tarikan pelancong jika digarap secara kreatif,” jelasnya.

Program tersebut turut disisip aktiviti santai seperti persembahan budaya, pertukaran cenderamata sesama kelab, dan lawatan sekitar Gunung Reng yang terkenal dengan keindahan gua batu kapur serta ekosistem semula jadi yang masih terpelihara.

Tambahnya, festival itu selari dengan usaha kerajaan negeri mempergiat agenda pelancongan berimpak tinggi menerusi kempen “Indahnya Kelantan 2025” yang menekankan pelancongan lestari, unik dan berteraskan nilai tempatan.

Datuk Kamarudin yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Ayer Lanas berharap agar program seumpama itu terus diberi sokongan dan diperluaskan ke seluruh negeri, khususnya di lokasi berpotensi tinggi seperti kawasan luar bandar dan tapak warisan semula jadi Kelantan.



MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook