Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Kaedah runding terus TH bercanggah kenyataan PM
utama

Kaedah runding terus TH bercanggah kenyataan PM


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pengkalan Chepa meluahkan rasa lega apabila menteri mengesahkan ada rundingan terus membabitkan syarikat bukan Muslim bagi projek penjenamaan Tabung Haji (TH).

Datuk Dr Ahmad Marzuk Shaary berkata, perkara itu sudah dibangkitnya pada 

sidang parlimen beberapa hari lepas, namun tidak dijelaskan dengan baik menteri.

Katanya, berdasar penjelasan menteri hari ini seperti diakui projek ‘rebranding’ TH ada dianugerah kepada syarikat tertentu dimiliki bukan Muslim secara runding terus.

“Apa yang berlaku itu bercanggah dengan kenyataan perdana menteri (PM) pada 9 Januari 2024 bahawa tiada runding terus di bawah kerajaan Madani.

“Rebranding entiti TH apakah satu keperluan khusus sehingga tidak diberi kepada syarikat milik orang Muslim,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Pada Isnin lepas Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Alice Lau Kiong Yeng mengarahkan Dr Ahmad Marzuk rehat selama dua hari selepas bercakap tanpa kebenaran ketika sesi penggulungan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat.

Ketika itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar memberi penjelasan mengenai isu pelantikan syarikat bukan Islam untuk menjalankan penjenamaan semula TH.


Dr Ahmad Marzuk berkata, beliau tidak mempertikai urusan TH bersama syarikat bukan Islam, namun rebranding imej Islamik TH melibatkan soal maruah.

Menurutnya juga berdasar penjelasan menteri terdapat beberapa syarikat yang bergabung dalam konsortium yang dilantik.

“Ini bermakna syarikat bukan Muslim yang dilantik secara terus itu tidak boleh buat sendiri sehingga terpaksa bergabung dalam konsortium.

“Kalau boleh buat kerja sendiri mengapa perlu melantik pihak lain pula,” katanya. 

Menjelaskan perkara itu Dr Mohd Naim berkata, pada tahun 2012 Lembaga Pengarah TH diberi kuasa oleh Kementerian Kewangan bagi melantik syarikat secara rundingan terus. 

Kata beliau kaedah perolehan projek di bawah TH melalui proses tender dan rundingan terus, namun kebanyakan dilulus melalui tender.


“Proses rundingan terus yang ketat bagi memberi nafas baharu bagi menangani tabungan yang rendah dalam kalangan pendeposit TH.

“Lebih 81 peratus kaedah yang dilaksanakan TH melalui tender terbuka. Menjadi hasrat TH supaya amalan runding secara terus dikurangkan,” ujarnya.

Pada 9 Januari 2024 perdana menteri pada kenyataan menjelaskan amalan rundingan terus bagi perolehan kerajaan dihalang sama sekali di bawah pentadbiran sekarang.

Menurutnya amalan rundingan terus untuk perolehan kerajaan memberi ruang yang lebih besar bagi penyalahgunaan kuasa.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook