Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 Kelantan lahir pemimpin masa depan berjiwa agama
utama

Kelantan lahir pemimpin masa depan berjiwa agama

ABDUL RAHMAN HARUN


KOTA BHARU: Mahasiswa tempatan yang menghadiri Kelantan Future Leaders Academy (KFLA) 2025 mahu program seumpama itu diteruskan pada masa akan datang. 

Ini kerana KFLA merupakan platform penting dalam usaha melahirkan barisan pemimpin masa depan negeri yang berjiwa agama.

KFLA 2025 diwujudkan bagi melatih peserta supaya mampu menjadi pemimpin yang sensitif, peka terhadap persekitaran dan mempunyai hala tuju dalam kehidupan.

Program tersebut yang dianjurkan baru-baru ini disertai 100 peserta dalam kalangan mahasiswa sebagai langkah awal bagi menyediakan pemimpin negeri bagi tempoh 20 tahun akan datang.

Seorang peserta Che Khairul Abrar Che Din 29 berkata, pengurusan program dianggap holistik kerana peserta mampu bertindak sebagai fasilitator aktiviti yang dilaksanakan.


Che Khairul Abrar

Selain itu KFLA membentuk pemikiran kritis melibatkan pengembangan kemampuan untuk menganalisis maklumat secara mendalam dan jelas.

"Kami diberi peluang mengurus program yang mana kita sebagai fasilitator untuk handle slot pengisian ceramah, aktiviti riadah dan sebagainya," katanya ketika ditemui di sini.

Mahasiswa Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) itu turut menaruh harapan sebuah NGO ditubuhkan membantu kerajaan negeri meneruskan program yang membentuk generasi pemimpin masa depan.

Mohd Izzat Ikhwan Ramli, 21 pula berkata, peserta KFLA diberi penjelasan mengenai situasi pentadbiran kerajaan negeri bagi mengelakkan maklumat kurang tepat disebar segelintir pihak.


Mohd Izzat Ikhwan

"Dari sinilah kita belajar apa yang sebenar, apa situasi yang kerajaan kita hadapi," katanya mahasiswa Universiti Sains Malaysia Kampus Kubang Kerian.

Manakala pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nur Fatin Fatimah Mat Lui, 29 berkata, KFLA merupakan wadah bagi golongan mahasiswa supaya mempunyai daya kepimpinan yang tinggi untuk diketengahkan sebagai pemimpin masa hadapan.


Nur Fatin Fatimah

"Harapan saya program ini dapat diteruskan lagi melibatkan mahasiswa dan mahasiswi supaya Kelantan mempunyai ramai pemimpin pelapis," katanya.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook