Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Kelantan pelopor sistem penarafan masjid digital
utama

Kelantan pelopor sistem penarafan masjid digital


Oleh Norzana Razaly

KOTA BHARU, 26 Ogos – Negeri Kelantan melakar sejarah tersendiri apabila menjadi negeri pertama di Malaysia membangunkan Sistem e-SPMM (Sistem Penarafan Masjid Malaysia), sebuah platform digital bersepadu yang memacu ketelusan, kecekapan dan penambahbaikan berterusan dalam pengurusan masjid.

Sistem tersebut dilancarkan oleh Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), YBM Tan Sri Dato' Tengku Dr. Mohd Rizam Tengku Abdul Aziz dalam Majlis Perasmian Kolokium Penarafan Masjid 2025 di sebuah hotel di sini, hari ini.

“Sistem e-SPMM akan menjadi instrumen penilaian bersepadu bagi memantau prestasi masjid secara sistematik, telus dan boleh diakses oleh semua pihak berkepentingan. Ia bukan sahaja memperkukuh profesionalisme, bahkan membuka ruang kepada masyarakat untuk memahami dan menilai sendiri tahap pengurusan masjid mereka,” katanya yang juga Tengku Temenggung Kelantan.

Tambahnya, sistem berkenaan bukan hanya melibatkan masjid negeri, tetapi turut merangkumi masjid bandar, jajahan dan mukim, menjadikannya satu pendekatan menyeluruh dalam meningkatkan mutu pentadbiran masjid di Kelantan.


Impak positif sistem tersebut terbukti apabila 29 buah masjid berjaya mencapai penarafan lima bintang bagi tahun 2025, berbanding hanya lima buah masjid pada tahun 2023.

Antara masjid yang mencatat peningkatan ketara ialah Masjid Mukim Baung Bayam, yang melonjak daripada 65.64 peratus kepada 90.76 peratus, hasil pengurusan kolektif dan penglibatan aktif komuniti setempat.

Masjid Jamek Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian pula diiktiraf sebagai Rumah Ibadat Hijau pada 2023, kini dilengkapi tandas bertaraf lima bintang serta landskap mesra jemaah.

Menariknya, Masjid Ayesha, Kok Lanas menunjukkan lonjakan prestasi dari 80.38 peratus kepada 93.26 peratus menerusi sistem pengurusan wakil amanah, pengurusan fail Arkib Negara dan penglibatan belia serta wanita dalam program kebajikan.


Sementara itu, Masjid Jamek Ismail Petra, Tanah Merah pula mencatat peningkatan kepada 95.82 peratus berbanding 91.85 peratus pada 2023 melalui pelbagai program komuniti, termasuk sesi pemulihan bersama bekas penagih dadah dan individu dalam proses rawatan.

Dalam majlis sama, satu lagi inisiatif penting turut diperkenalkan ialah Kempen Sedekah Seriya Sehari yang memberi kemudahan kepada masyarakat menyumbang melalui platform digital yang lebih selamat, mudah dan efisien.

“Kempen ini terbuka kepada semua tanpa mengira kaum dan agama, dan dilihat sebagai satu langkah inklusif dalam memupuk budaya memberi serta memperkukuh jaringan kebajikan,” jelasnya.

Beliau menyifatkan kedua-dua inisiatif tersebut sebagai pemangkin transformasi masjid di Kelantan, menjadikannya lebih dekat dengan masyarakat serta memperkukuh fungsinya sebagai pusat ibadah, ilmu, kebajikan dan perpaduan ummah.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook