Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Kelantan sasarkan Satu Keluarga Satu Rumah, termasuk bukan Islam
utama

Kelantan sasarkan Satu Keluarga Satu Rumah, termasuk bukan Islam


Oleh: Asri Hamat

MACHANG, 29 Ogos – Kerajaan Negeri Kelantan menetapkan sasaran jangka panjang untuk memastikan setiap keluarga di negeri ini memiliki sebuah rumah, termasuk keluarga bukan Islam yang layak.

Timbalan Menteri Besar Kelantan YB Dato’ Dr. Mohamed Fadzli Hassan menegaskan bahawa dasar tersebut bersandarkan prinsip keadilan dalam Islam yang menekankan hak setiap individu tanpa mengira latar belakang agama.

“Orang bukan Islam juga berhak memiliki rumah. Mengikut cara Islam, orang yang berhak mesti diberi haknya. Maka keluarga Cina, India atau mana-mana yang layak tetapi tidak mempunyai rumah, akan dipastikan hak mereka turut dipenuhi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Kunci dan Surat Tawaran Rumah Mesra Rakyat (RMR) Negeri Kelantan di Kampung Banggol Kemian, Temangan, semalam.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, YB Dato’ Dr. Mohamed Fadzli Hassan

Menurut YB Dr. Mohamed Fadzli, sejak tahun 2002 hingga 2025, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) telah berjaya menyiapkan 11,307 unit RMR di Kelantan, termasuk 537 unit di daerah Machang, dengan 81 unit daripadanya terletak di kawasan Dewan Negeri (DUN) Temangan.

Dalam masa yang sama, beliau menasihatkan orang ramai agar membuat permohonan rumah RMR secara dalam talian melalui laman rasmi SPNB, dan tidak terpedaya dengan penjualan borang oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“SPNB tidak pernah menjual borang secara fizikal atau melantik mana-mana orang tengah. Semua permohonan hanya melalui sistem atas talian,” tegasnya.

Pengerusi SPNB, Dato’ Prof. Dr. Azmi Mohd Lila

Sementara itu, Pengerusi SPNB, Dato’ Prof. Dr. Azmi Mohd Lila berkata, kejayaan program RMR membuktikan komitmen berterusan agensi itu dalam menyokong agenda perumahan negara.

Katanya, bagi tahun 2025 sahaja, SPNB diberi mandat membina 5,450 unit RMR di seluruh negara, dengan 855 unit diperuntukkan untuk Kelantan, dan setakat ini 526 unit telah berjaya disiapkan.

Untuk rekod, SPNB telah membina 73,000 unit RMR di seluruh Malaysia sejak program ini diperkenalkan.

Setiap rumah berkeluasan 750 kaki persegi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air yang ditawarkan pada harga RM75,000.


Kerajaan memberi subsidi RM20,000 manakala baki RM55,000 dibiayai melalui pinjaman tanpa riba yang boleh dijelaskan dalam tempoh 16 tahun.

Syarat kelayakan termasuk warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas dengan pendapatan isi rumah RM5,000 ke bawah, tidak memiliki rumah atau hanya memiliki rumah usang, serta mempunyai tanah sendiri sekurang-kurangnya 3,000 kaki persegi atau kebenaran daripada pemilik tanah.
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook