Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Kelantan tegas perangi dadah, fokus tangani punca dan bentuk sahsiah masyarakat
utama

Kelantan tegas perangi dadah, fokus tangani punca dan bentuk sahsiah masyarakat

YB Zamakhshari Muhamad,
Exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat Negeri Kelantan

Oleh: Asri Hamat

KOTA DARULNAIM, 5 Ogos – Kerajaan Negeri Kelantan menegaskan komitmen berterusan dalam usaha membanteras penyalahgunaan dadah, dengan menegaskan bahawa tiada kompromi akan diberikan terhadap gejala yang merosakkan masyarakat itu.

Exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat YB Zamakhshari Muhammad berkata, statistik semasa menunjukkan keperluan mendesak untuk semua pihak bertindak secara lebih tersusun dan kolektif, memandangkan trend penyalahgunaan dadah yang semakin kompleks.

“Kajian pihak hospital menunjukkan peningkatan penggunaan dadah sintetik dalam kalangan belia, manakala pihak polis pula melaporkan pola pengedaran dadah yang semakin sukar dikesan melalui kaedah konvensional,” katanya menerusi catatan di media sosial, pada Isnin.


Terdahulu, beliau menghadiri Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah Negeri Kelantan Bil. 1/2025 yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, YAB Dato' Panglima Perang, Ustaz Dato' Mohd Nassuruddin Daud, di Bilik Gerakan Mabna.

Mesyuarat turut disertai oleh wakil agensi penguat kuasa, institusi kesihatan dan jabatan-jabatan berkaitan yang berkongsi data, laporan dan pelan tindakan menyeluruh bagi memerangi najis dadah di peringkat negeri.

Dalam mesyuarat tersebut, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) membentangkan taklimat mengenai pindaan terkini terhadap Akta Penagih Dadah 1983, yang dijangka memberi ruang tindakan lebih berkesan kepada agensi-agensi berkaitan.


YB Zamakhshari yang juga Pengerusi Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Negeri Kelantan turut menegaskan bahawa memerangi dadah bukan sekadar tanggungjawab penguat kuasa, sebaliknya memerlukan sokongan keseluruhan lapisan masyarakat termasuk ibu bapa, guru, pemimpin komuniti serta anak-anak muda sebagai barisan hadapan pencegahan awal.

Beliau juga melahirkan keyakinan bahawa pendekatan Penghayatan Membangun Bersama Islam (PMBI) yang menjadi dasar pembangunan negeri akan terus memperkukuh nilai rohani dan sahsiah masyarakat dalam menjauhi larangan Allah serta membentuk kehidupan beragama yang lebih sejahtera.

“Kita tidak mahu hanya mengawal gejala. Kita mahu menyentuh punca. Dan kita mahu membina negeri yang lebih selamat dan bermaruah untuk generasi mendatang,” tegasnya.



MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook